Rabu, 24 Februari 2010 | By: iKhwan89

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR


Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki
atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati.
Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya
kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun,
kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat,
tetap tidak akan hidup bahagia.

Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi
pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai
kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat,
apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu
manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat,
ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan
kemodenan.

Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau
dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada
fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang
yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur
kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada
suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid
terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu
serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk
memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.

Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini,
barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan
akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.

*ehsan artikel dari raden*

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com