*bismillah*...semoga semua dalam kegembiraan,dan berkasih sayang antara satu sama lain...Terima kasih kita Kepada Tuhan yang Maha Kasih-sayang,Maha Baik,Maha Pelindung,Maha segala-galanya...selawat dan salam keatasa junjungan Agung kita...Baginda Muhammad Rasulullah...cahaya daripada segala cahaya dan ubat dari seluruh penyakit anak kunci segala kejayaan,mursyid ku ASZ,dengan dialah aku dapat mengenal Tuhan kembali,dengan dialah aku kini berjuang untuk Tuhan...ku sedekah kan pahala ku kepada ibu bapa ku yang mengenalkan ku kepada mursyid ku...ia merupakan satu anugerah bagi ku...
Di saat dunia sudah semakin melupakan Tuhan ini,seluruh manusia mula mencipta ideologi masing-masing dengan menggunakan akal fikiran mereka.segala kaedah yang semakin menjauhkan diri dengan Tuhan dicipta kan...bukan golongan yang bodoh yang melakukan tetapi dilakukan oleh golongan cerdik pandai...al hasil....yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...
Semakin berleluasanya gejala masyarakat hari ini adalah bukti betapalah rosaknya ideologi ikutan dan ciptaan manusia ini,konon hendak membasmi jenayah...jenayah yang hendak di basmi,blum terbasmi tetapi timbul pula jenayah lain. Contohnya nak membasmi penzinaan,dengan cara yang salah dengan mengintai-ngintai..pulak tu..dah dapat tgkap,tak ttpkan dlu aurat perempuan tu,malah ade sesetengah penguatkuasa yang mengambil kesempatan klik 2,3 gmbr pompuan tersebut dan disebarkan....maka apa yang jadi???penzinaan semakin berleluasa,kes keghairahan melihat bahan2 lucah juga semakin meningkat..
Begitulah manusia...apabila tidak kenal Tuhan mereka,lantas
mencipta ideologi dengan logik-logik akal mereka..maka terhasillah apa yang dipanggil oleh manusia-manusia ini "keselamatan dan kesejahteraan"
Kawan-kawan ku...marilah kembali kepada Tuhan..kerana dengan kembali kepada Tuhanlah baru kita dapat mencari jalan penyelesaian...lihatlah apabila manusia sudah tidak mengenal Tuhan mereka,terjebak kearah penzinaan,berzina,dan alhasil....anak luar nikah...maka apabila orang melihat anak tersebut dibuang,mati begitu sahaja,maka ramailah manusia yang berkata"oh..kesiannya bby tu"..ada juga yang berkata"tergamak nyer membuang bayi tersebut,kasihan sungguh bayi itu'..dan bermacam-macam ayat lagi yang menunjuk kan manusia amat kasihan kepada nasib yang ditimpa kan kepada bayi itu...
Tahukah antum semua...hakikatnya,
bayi tersebut telah terselamat dari fitnah dunia,bayi tersebut sudah aman..kerana roh yang mati ini diangkat oleh Tuhan menuju ke syurga...beruntunglah bayi-bayi tersebut...Tuhan tidak zalim...pada zahirnya bayi yang dibiarkan mati itu sudah di hurung dengan semut,sudah dimakan oleh ulat-ulat....dan semakin lama semakin reput..kerana itu sudah
memang lumrah makanan semut dan ulat-ulat...tidak ada apa yang perlu di kesiankan...siapa yang perlu dikesian kan..??
Marilah sama-sama kita berfikir sejenak...adakah bayi haram itu di kira berdosa?siapakah yang melahirkan bayi itu??sudah tentu ibu yang haram melahirkan anak tersebut hasil dari perhubungan yang haram iaitu penzinaan..kan??kalaw begitulah,sepatutnya kita patut kasihankan ibu dan bapa haram tersebut..kenapa???...merekalah yang berdosa..sedangkan bayi itu tidak...kasihan ibu bapa haram itu...terpaksa menanggung dosa zina,dosa melahirkan anak yang tidak jelas nasabnya dan dosa kerana membunuh anak tersebut...tengoklah,...logikkan??
Kenapa mereka
sanggup melakukan zina??tidak kah mereka tahu adanya Tuhan??tidak kah mereka tahu azabnya siksaan bagi orang yang berzina..?rupa-rupanya...manusia hari ini lebih tidak pernah kenal dengan Tuhan...mereka cuma hnya tahu ada tuhan,mursyid ku berkata
tahu dan kenal itu lain..tahu itu hanya sekadar di mulut.."oh..ada Tuhan rupanya,".."oh...Than maha besar"..tidak terasa akan kebesarannya..kenal pula apbila kita sangat-sangat kenal dengan Tuhan kita sehingga terbit rasa2 cinta,rasa2 takut dan rasa2 mengharap kepada Tuhan..lain kan??
Inilah dia hasil dari didikan yang salah...sehingga berlakunya penzinaan tadi..masih kesiankan bayi..???kesiankanlah diri kita dan sistem kita ini dahulu...apalah hasilnya jika menjaga dan mengambil berat buah yang sudah gugur dan busuk tapi tidak mengambil berat akan pokonya??marilah sama-sama kita kembali kepada Tuhan...marilah sama-sama kita mencintai Tuhan agar seluruh manusia berada dalam keselamatan...kelak tidak akan ada lagi penzinaan jika manusia kenal dan takutkan Tuhan,dan saya yakin tidak akan ada pula anak haram yang dilahirkan...
Ampun maaf atas silap saya didalam memberi pandangan..moga kita semua terselamat dari sistem ideologi barat dan dapat kembali kepada sistem Tuhan..wabihi wallahu a'lam...
0 comments:
Catat Ulasan