Selasa, 23 Februari 2010 | By: iKhwan89

ISU KALIMAH ALLAH : Umat terkeliru @ mengelirukan umat?

Tahun baru Masehi disambut berbeza antara golongan yang cintakan Islam
dengan mereka yang memang sangat iri hati dengan Islam terutamanya
menjelang kemenangan Islam di peringkat dunia dengan bermulanya dari
sebuah Daulah Islamiah yang semakin hampir.

Mahkamah sivil telah memberikan 'kemenangan' kepada mereka yang cuba
mengaibkan Islam. Itu adalah kemenangan berbentuk psikologi.
Hakikatnya mereka telah lama menang dalam banyak perkara sehingga
mencengkam kehidupan seharian umat Islam tanpa disedari apatah lagi
untuk mendapat tentangan umat Islam!

Namun keputusan mahkamah itu telah mengundang reaksi spontan umat
Islam
. Reaksi yang berbeza-beza, bercampur baur, celaru, keliru dan
sangat mengelirukan masyarakat umum.

Saya tidak mungkin mampu membahaskan persoalan ini dari semua sudut
terutamanya persoalan penggunaan nama Allah boleh atau tidak oleh
orang bukan Islam. Saya berpendapat kedudukan hukum atau kewajaran
penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam bukanlah suatu isu yang
penting
tetapi agenda di sebalik semua isu yang dicetuskan oleh mereka
yang begitu memusuhi Islam lebih perlu difahami dan seterusnya
dijadikan pendirian oleh kita umat Islam untuk menentukan sikap dalam
setiap isu seumpama ini.

Seperti sebelum ini mereka telah menyerang kita secara psikologi
dengan pelbagai isu terutamanya di peringkat antarabangsa, contohnya
novel yang menghina Rasulullah SAW dan lakaran wajah Rasulullah. Itu
belum mengambil kira serangan musuh Islam secara fizikal dalam
peperangan yang belum pernah henti-henti di beberapa negara seluruh
dunia
.

Peperangan yang lebih hebat adalah peperangan mereka terhadap Islam
yang menggunakan sistem yang diterapkan dalam kehidupan seharian
seperti sistem ekonomi riba, sistem pendidikan sekular, sistem sosial
yang tiada batas antara lelaki dan wanita, sistem hiburan yang
melalaikan, sistem perundangan dan kehakiman yang berasaskan akal
fikiran, sistem politik ideology, sistem media yang berorentasikan
gimik dan glamour dan tidak ketinggalan sistem yang memartabkan
institusi agama sehingga 'terpaksa' mengikut dan menurut percaturan
mereka.

Apabila kita umat Islam faham bahawa kita sekarang sedang berada dalam
percaturan musuh dengan mereka terlalu mudah memperkotak katikkan
kita, setiap isu yang dicetuskan pasti mempunyai agenda yang sangat
besar dan terancang. Mana mungkin musuh Islam yang dikepalai oleh
Yahudi dan Nasrani mencetuskan sesuatu isu hanya secara kebetulan
sahaja! Inilah perbahasan yang saya ingin ketengahkan.

Musuh Islam telah melihat dan mengkaji secara terperinci reaksi umat
Islam seluruh dunia setiap kali isu provokasi yang dibangkitkan.
Hampir keseluruhan reaksi umat Islam sangat menepati jangkaan mereka.
Bukan sekadar isu yang dibangkitkan berjaya mengundang reaksi umat
Islam seperti yang mereka jangka, tetapi reaksi umat Islam itu juga
masih dalam kawalan dan percaturan mereka.

Pihak Yahudi telah mengkaji sedalam-dalamnya tentang kebangkitan Islam
akhir zaman. Kemunculan pemimpin yang akan membawa umat Islam menjadi
persis para sahabat dari sudut Iman, ibadah, akhlak, perjuangan,
pengorbanan, ukhwah, kasih sayang dan kemajuan material yang tidak
bergantung dengan sistem sekular sahaja yang akan berjaya mengalahkan
mereka. Selagi belum muncul pemimpin dan kumpulan seperti para
sahabat, maka mereka akan merasa senang hati dan akan terus menerus
mencetuskan isu demi isu termasuk memprovok kemarahan umat Islam.
Kenapa dan apa tujuan mereka?

Selagi umat Islam memberi reaksi mengikut isu semasa, maka menunjukkan
umat Islam belum ada pemimpin. Selagi belum ada pemimpin yang dapat
menyatukan umat Islam
, maka perjuangan umat Islam akan berpecah kepada
kelompok-kelompok kecil mengikut kemampuan pemimpin mereka. Perpecahan
ini amat menguntungkan mereka. Mereka akan mereka-reka isu sehingga
umat Islam dicatur menurut isu. Akhirnya umat Islam tiada agenda
sendiri yang tersusun dan terancang. Setiap masa kita berjuang menurut
isu yang musuh kendalikan melalui 'tangan' gahib mereka.

Perjuangan kebenaran atau perjuangan Islam mesti ada pemimpin.
Pemimpin yang taqwa dan wibawanya mampu mencorak perjuangan keluar
dari
percaturan musuh samada secara psikologi, fizikal maupun jiwanya.
Pemimpin yang mampu mencorak pemikiran baru, segar dan praktikal.
Pemimpin yang mampu mengawal pengikutnya sehingga mencapai kesefahaman
dan keselarasan dalam berfikir, berperasaan dan dalam tindakan.
Pemimpin yang mampu mencetuskan kemajuan lahiriah atau kemajuan
material walaupun skala kecil sebagai role model Islam sebagai cara
hidup yang indah dan selamat.

Faktor utama dan pertama pemimpin tersebut mestilah mampu mendidik
pengikut-pengikutny a mengusahakan taqwa dalam diri masing-masing
sehingga hati mereka sangat cinta dan takutkan Allah setiap masa.
Kerana hanya dengan taqwa, Allah akan campur tangan dalam sesuatu
perjuangan kebenaran. Selagi pejuang-pejuang kebenaran tidak
meletakkan agenda taqwa sebagai yang pertama dan utama, buatlah apa
sahaja hatta menggadaikan nyawa sekalipun, perjuangan kebenaran tidak
akan
mendapat pembelaan Allah SWT. Apakah kita mampu menang melawan
musuh Allah tanpa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah?

Jika umat Islam faham perkara ini, maka apa sahaja provokasi musuh
sudah tentu kita akan memberikan reaksi berbeza dan mungkin juga akan
sangat mengejutkan mereka yang merencanakan propaganda tersebut.
Tetapi selagi tiada pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, maka
tetaplah umat Islam akan terus bercakaran dan bersengketa dalam apa
jua isu seperti yang dirancangkan oleh musuh Islam, Yahudi dan
Nasrani.

Kepada mereka yang benar-benar cintakan Islam carilah pemimpin yang
mampu mengubah pengikutnya sekurang-kurangnya tidak terpengaruh dengan
isu yang dicetuskan oleh musuh
. Tidak mustahil, mungkin pemimpin
tersebutlah yang sebenarnya bakal menggegarkan hati-hati musuh Islam,
Yahudi dan Nasrani.

ehsan dari nor abd majid

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com