Cikgu: Saya nak buat satu cerita yang pernah saya ceritakan untuk kita
fikir balik. Niat umat Islam untuk berjuang adalah untuk meng-Islamkan
orang yang belum Islam dan yang sudah Islam ditingkatkan ke-Islamannya.
Imam Hanafi berjiran dengan keluarga Yahudi. Orang Yahudi ini air
perlimbahannya masuk ke rumah Imam Hanafi. Imam Hanafi buat tak tahu
sahaja. Dia tak marah, tak complain, tak cakap. Bertahun-tahun lamanya
orang Yahudi itu tak sedar. Akhirnya orang Yahudi itu perasan. Ia cakap
kepada keluarganya, kita tak sedar, lama rupanya air najis rumah kita
mengotori rumah jiran. Kita dah silap. Rumah jiran kita dah ternajis
oleh kita. Tapi pelik, jiran kita tak marah, tanya pun tidak.
Kerana malu, orang Yahudi itu pergi ke rumah Imam Hanafi untuk meminta
maaf. Lepas minta maaf, dia tanya Imam Hanafi tentang air najis yang
mengalir ke rumah Imam Hanafi. Engkau tak sedar ke? Sedar, kata Imam
Hanafi. Mengapa engkau tak marah? Imam Hanafi jawab, agama saya
mengajar untuk tidak marah. Mendengar ini, orang Yahudi itu masuk Islam.
Orang Yahudi ini kalau nak tarik dia ke masuk Islam dengan kuliah atau
dakwah tak mungkin. Tapi dengan cara Imam Hanafi, orang Yahudi tadi
masuk Islam.
Esok orang masuk Islam bukan dengan hasil dakwah kita. Sabar dengan ujian, itu taqwa. Dengan taqwa, Tuhan akan putar hati orang.
Hari ini pendakwah banyak cakap, tapi orang tak masuk Islam. Hasil sabar Imam Hanafi orang Yahudi masuk Islam.
Bila suami, isteri, jiran tak baik, sebenarnya ini salah kita. Tak ada
taqwa, sedang taqwa itu magnet untuk tarik orang. Kalau bateri (taqwa)
lemah, bagaimana nak charge bateri orang lain? Iman dan taqwa itu macam
charger. Kalau charger kuat dia boleh charge semua orang, kalau lemah
dan dia charge orang, maka bateri dia bertambah lemah. Orang bukan
Islam tak masuk Islam. Orang jahat tak jadi baik kerana dakwah kita.
Akhirnya marah pada orang lain dan jadi militan. Yang sebenarnya kita
yang tak ada power (taqwa). Bagaimana nak Islamkan orang?
Imam Hanafi tadi ada cita-cita nak Islamkan Yahudi itu. Sabar dia membuat Yahudi itu masuk Islam.
Ulasan Ketua Murid: Mohon Tuhan pinjamkan rasa hina dalam diri kami,
kerana hakikatnya tahi (ego) yang ada dalam diri kami. Tapi tahi ini
begitu sekali disayangi. Imam Hanafi sanggup menerima najis untuk
kemuliaan dia dan akhirnya menyebabkan Yahudi itu masuk Islam.
Salam Kasih Sayang & MZB
AI Prompt Ace Review
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan