
Ciri-ciri jemaah pejuang kebenaran itu
Ia ada mempunyai ciri tersendiri
Yang tidak berlaku pada jemaah yang palsu
Zaman Rasul ada mukjizat
ada khawariqul 'adah
ada maunah
Tidak kurang mimpi yang benar
firasat dan kasyaf
serta berita-berita ghaib
Zaman tidak ada rasul,ada karamah
Ada khawariqul 'adah dan maunah
juga mimpi yang benar
firasat dan kasyaf
berita ghaib juga ada
Disinalah uniknya
jemaah perjuangan kebenaran itu
Apatah lagi yang dijanjikan
Ini tidak akan berlaku
kepada jemaah yang palsu
Bagi orang yang hendak mencari kebenaran
Ciri-ciri ini boleh jadi pedoman
Ia adalah kayu pengukur
Diantara kebenaran dan kebatilan
Jemaah kebenaran
Segala-galanya Allah menjamin bantuan-Nya
Sekalipun ujian-ujiannya pasti ada
Kerana ia adalah Parti Allah
atau Hizbullah
Parti Allah dijamin kemenangannya
Kita yakin di awal kurun ini
parti Allah pasti ada
Kerana Rasulullah telah bercerita
melalui sabdanya
Kita yakin Hizbullah itu dari golongan kita
Bulatkan tekad,jangan syak dan ragu
Anggota-anggotanya di panggil Ikhwan
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW
iri hati mendengarnya
Berbahagialah orang-orang yang bersama
didalam kapalnya
Ia akan membawa kita ke syurga ~ASZ~