Selasa, 4 November 2008 | By: iKhwan89

FITRAH MANUSIA


Semua fitrah manusia suka orang lain baik,
Orang lain baik menguntungkan mereka sekalipun dia sendiri susah membuat baik,
Setiap orang suka orang lain adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain-lain lagi kebaikan,
Kecuali datang hasad dengki,
Manakala orang yang baik itu kerana kebaikannya dia disayangi oleh ramai dan berpengaruh,
Orang yang baik itu akan dimusuhi, terutama orang yang berpengaruh juga,
Dia pun difitnah, dituduh, dihasad dan dicari kelemahan-kelemahannya,
Mengapa manusia bersifat begitu?
Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri,
Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat baik,
Dia suka orang baik, tapi jangan sampai orang itu disayangi
dan berpengaruh kerana kebaikannya,
Orang yang berpengaruh dizamannya pun hasad dengki kepadanya,
Begitulah berlaku keadaan ini setiap zaman,
Begitulah yang berlaku kepada para rasul dan orang yang baik dizamannya,
Sifat-sifat semacam ini berlaku kepada semua orang,
Sekalipun para ulama kecuali yang bertaqwa dan takutkan Allah,
Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat didalam kehidupan,
Penyakit inilah yang menjadi penghalang kebenaran disetiap zaman,
Ia berlaku juga kepada ulama yang tidak takutkan Tuhan,
Lebih-lebih lagi kalau orang itu mencabar pengaruhnya,
Bahkan diakhir zaman penyakit itu ramai berlaku kepada para ulama,
Kecuali ulama yang takutkan Tuhan tapi berlaku sedikit sekali,
Begitulah watak manusia disetiap zaman jika tidak takutkan Tuhan,
Kerana itulah takutkan Tuhan itu penting,
Tidak takutkan Tuhanlah punca segala penyakit dan segala gejala masyarakat
tumbuh subur,
Kerana itulah pentingnya perjuangkan Tuhan hingga ia ditakuti dan dikasihi,
Itulah rahsia penyakit masyarakat dapat dibasmi
Untuk keamanan dan kedamaian manusia agar hidup harmoni

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com