“Rasa BerTuhan dan Rasa Kehambaan itulah yang mengawal manusia..”
Titian hari yang rapuh...

RINTIHAN KU
"keberkatan itu sangat mahal harganya!"
Tahniah!! anda ke:

Team on Blog
-
AI Prompt Ace ReviewSetahun yang lalu
-
R-Mistac 2022 Melabuh Tirai2 tahun yang lalu
-
KEM AL FATEH SIRI 2 KEMBALI!!5 tahun yang lalu
-
Perutusan dari Abuya kepada Pemimpin UMNO9 tahun yang lalu
-
PENGHAYATAN DI BULAN RAMADHAN11 tahun yang lalu
-
Hari Lahir Abuya 30 OKTOBER 193714 tahun yang lalu
-
BUKU TERKINI17 tahun yang lalu
-
-
-
-
Geng aku dlm blog
-
7 sYuRga12 tahun yang lalu
-
Saja Nak Cerita12 tahun yang lalu
-
Ada Apa Dengan "Hantu Bonceng"...??13 tahun yang lalu
-
5 hari disini !13 tahun yang lalu
-
DEDIKASI KHAS : TAHNIAH UNTUK SEMUA14 tahun yang lalu
-
cuti CNY datang lagi..!~ :)15 tahun yang lalu
-
Perlukah...wahai sahabatku.....15 tahun yang lalu
-
-
-
Labels
- #kataberiRT (1)
- anakkami (3)
- asz (4)
- bingkisan Ramadhan (15)
- bingkisan Ramadhan(sajak) (2)
- ceriTa haTi (76)
- cEriTa Ku (127)
- coretan (1)
- coretan koi (1)
- COVID19 (1)
- fakta (5)
- Generasi Harapan (1)
- Hal Timur (6)
- Isu sEmaSa AsZ (35)
- MinDa ASZ (39)
- MinDa RSA (11)
- petua-petui (5)
- rencana ASZ (27)
- rencana dunia (2)
- sajak (2)
- SaJak AsZ (66)
- sajak ku (10)
- seKolah koi (1)
- suamisteri (3)
- Wakaf (1)
Trimass sumer!!
Muzium Pena ku
My KomUniTi
JEJAK LANGKAH MU...
SABAR GURU : JANJI MU SYURGA
Alhamdulillah..dah masuk November 2015..dah last dah untuk tahun nie..risau jugak RT last-last year ni..maklumlah dah 2 kali kene banjir..huhu jadi tahun ni bedebo sikit la..sebab bertambah si anak kecil tu..apa-apa pun redha kepada Allah je lah..
Akhir tahun juga merupakan hari yang paling biziiiii sekali buat cecikgu..huhu...time-time macam ni la sume cekgu nak masuk markah..ujian amalai,itu ini..bla..bla..bla...termasuklah RT..huhu..fuuh...lega sebab dah setle *aku rase ladah setle*
Bila dah semua nak masuk markah..maka timbullah satu lagi masalah..iaitu aliran trafik data internet meningkat dengan mendadak..secara otomatiklah berlakunye hang dan ade separuh tu dah siap key in data tekan save je terus logout..bile bukak balik haa takde data yang di key in tu....*RT pun pernah juga mengalaminya* ya ampuuun memang rase nak hempok je laptop..hahahah sabar jelah..
Tu lah..bila cikgu yang selalu buat kerja underdog ni..ramai yang salah sangka cecikgu tak buat kerja..nak melayan karenah anak-anak lagi yang bukan sedikit...hehe..bukan mengeluh..tapi itu lah hakikat..namun dalam dunia kite yang semakin mencabar nie,RT rasakan,para guru,teruslah menanam perasaan sabar yang mendalam dan semangat untuk mendidik anak-anak yang sebenarnya mempunyai potensi setinggi potensi menjadi khalifah itu.
RT doakan semoga guru-guru seluruh malaysia tetap sabar dan yakin,ini juga adalah sebahgian daripada perjuangan agama,semoga guru-guru seluruh malaysia mendapat keredhaan daripada Tuhan.
TAK MALU WAHAI MANUSIA!
MANIS JALAN DAKWAH BUAT PEJUANG SEJATI
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Dalam nak memperjuangkan kebenaran bukan manis jalan yang dilalui...tapi pahit hempedu menanti..namun...mereka bukan berjuang kerana harta,mereka juga bukan berjuang kerana pangkat..tapi inilah perjuangan mereka,penegak Allah dan Rasul..mari kita soroti sedikit ujian yang mereka lalui moga kita dapat keberkatan dalam perjuangan.. :
Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan
pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu
menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang
rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Semoga Allah SWT merahmati roh mereka. Wallahhua'lam.
BANGUNKAN JIWA..DENGAN CINTA DAN TAKUT TUHAN
Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.
Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.
Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;
1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.
Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.
Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.
Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.
MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?
~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan . Semoga bermanfaat .
Iklan
Masa itu Cemburu...


About Me
- iKhwan89
- aKu YanG LahiR di nEgeri sembilan bernaMa Muhammad Syafie Mohd Yusoff..aSalnya tIdaKlah paNdai..teTapi hAsil dari aKu meNuntut iLmu,bErkat iBu baPa ku daN mUrsyId ku,aKu kiNi dAh bLajar tiNggi..wAhaI Tuhan ku,rEdhaKanlah oRang2 yaNg peRnah berjaSa kepadaku...xkire siapa dia..semoga mereka beradA dLm kAsih sYg Mu wahai Tuhan ku yang Maha Agung..