Khamis, 30 Disember 2010 | By: iKhwan89

APAKAH KEUTAMAAN BERAGAMA??

Suatu tengah hari, aku terlena kerana penat.... Aku bermimpi sahabatku
membuat kejahatan dan beliau dibuli orang sekitar nya... Pertama, aku
memarahinya atas perbuatan jahatnya padaku dan kedua aku memarahi orang
sekitar yang membuli rakanku itu.... Aku amat beremosi ketika mimpi
itu... Namun aku didatangi seorang lelaki berserban hijau bersama
isteri dan anaknya.... mereka memandang tepat ke arahku...

Lalu aku disoal lelaki berserban itu... "Apakah keutamaan dalam
beragama?"

Aku gumam. Tidak tahu ingin berkata apa2.... Memang aku tidak tahu
apa-apa ketika itu....

lelaki berserban hijau itu menundukkan kepala menandakan hampa.... Malu
aku... Apakan daya, atas kelemahanku jua...

Didalam mimpi itu, rakanku yang lain membantu aku menjawabnya....
"Menunjukkan akhlak yang baik"

Aku terpukul dengan jawaban itu.... kemudiannya lelaki berserban itu
berlalu bersama isteri dan anaknya....

Tidak lama selepas itu aku pun sedar....

Persoalan: Ini mainan tidur seperti orang biasa perkatakan atau satu
amaran Tuhan kerana tidak berakhlak?

Renungan bersama... T_T

Wallahua'lam... Ampun maaf zahir batin...

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com