Khamis, 28 April 2011 | By: iKhwan89

IMAM BESAR MASJIDIL HARAM MEMBAWA FAHAMAN WAHABBI ! ?

IMAM BESAR MASJIDIL HARAM MEMBAWA FAHAMAN WAHABBI ! ?

Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”
Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.
“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.
Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.
“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya.
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.
“Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.
“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarahi makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.
“Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya.
Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.
“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

“Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metodologi Wahabi tidak perlukan permitkah?

Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.
Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.
Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.
“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul.
Sabtu, 23 April 2011 | By: iKhwan89

MUNGKIN INILAH HIKMAHNYA MINUM DUDUK

Dalam hadist disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesehatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang bisa membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjI2faSlEkk7kZ28sYsysTui7ByilSYfwHXqJjvdXLx0cIr-0pNqSg3PCHkqVjKniJlaPej-Y0j49cg7wJhsh9y81-al051atbKO4fFm1SnnGxfgpKP27q1BCjUwiBq2Iw7n2mtchWcuQ6j/s1600/minum+berdiri.jpg

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatis masuk tanpa disaring lagi. Langsung menuju kandung kemih. Ketika menuju kandung kemih itu terjadi pengendapan di saluran speanjang perjalanan (ureter). Karena banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Betul, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. diduga diakibatkan karena Susah kencing, jelas hal ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahwa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahwa hal itu lebih buruk."

Pada saat duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, menabraknya dengan keras, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu dikarenakan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat azas darurat!

Manusia pada saat berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga bisa berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan syaraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak bisa mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada saat makan dan minum.

Ketenangan ini hanya bisa dihasilkan pada saat duduk, di mana syaraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan siap untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang disantap pada saat berdiri, bisa berdampak pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, bisa menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detak mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pingsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus terbilang membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada lambung. Para dokter melihat bahwa luka pada lambung 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berbenturan dengan makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana kondisi keseimbangan pada saat berdiri disertai pengerutan otot pada tenggorokkan yang menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah, dan terkadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang bisa kehilangan rasa nyaman saat makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhar).

TANDA - TANDA LELAKI SAYANG seseorang....

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Khamis, 21 April 2011 | By: iKhwan89

GEMPAR : ADAKAH KHAIRUL AZHAR KINI MENDALAMI ILMU SIHIR??

huh~inilah member aku.....azhar name die..tapi aku ngan kawan-kawan aku panggil die jaa....dulu die xde la ilmu2 magik ni..tapi semenjak die balaja kat blah2 sumatera nun...die dah pandai dah buat-buat helah ni..ape2 hal pun...jom tengok!!





Rabu, 20 April 2011 | By: iKhwan89

KISAH SAIYIDINA UMAR DAN SAIYIDIN ABU BAKAR

Pernah Sayidina Umar sendiri bertanya pada Sayidina Abu Bakar, Saya dengar Rasulullah banyak menceritakan tentang keutamaan engkau ya SayidinaAbu Bakar. Apa yang ada pada engkau? Jadi spontansaja dia jawab, ada 5 perkara,iaitu.....

‎1. Manusia ada dua golongan iaitu yang memburu
dunia dan yang memburu akhirat. Tapi saya tidak
memburu dua-duanya, saya memburu Tuhan. Dia
berbuat itu bukan kerana syurga, tidak juga kerana
neraka tetapi kerana Tuhan.

2. Saya tidak pernah merasa kenyang ketika makan,
kerana kelezatan makan diatasi oleh kelazatan
mengenal Tuhan.

3. Begitu juga saya tidak pernah minum sampai hilang
haus, sebab kelazatan minum itu telah diatasi oleh
cintakan Tuhan.

4. Bila bertemu dua kerja dalam satu masa iaitu kerja
dunia dan kerja akhirat, saya dahulukan kerja akhirat.

5. Saya bersahabat dengan Rasulullah, saya lakukan
sebaik-baik sahabat
Selasa, 19 April 2011 | By: iKhwan89

KULIAH ASZ : PROSES MENCARI KEBENARAN

(Abuya buat kuliah secara soal jawab. Abuya menyoal, peserta menjawab, kemudian Abuya pula beri jawapan)

Bismillah.

Alhamdulillah Tuhan telah mengizinkan kita menghabiskan kursus ini. Pagi ini merupakan majelis kemuncak. Selepas ini kita akan bersurai, kita akan berhadapan dengan perjuangan yang lebih besar lagi, sebab di sini mengambil ilmu. Selepas bersurai nak mengamalkan ilmu, ia lebih susah, sangat tercabar dan mencabar. Sedangkan yang nak kita perjuangkan itu sesuatu yang mahal. Mahal dunia akhirat, yaitu Kebenaran dan Tuhan. Kebenaran bukan semua orang boleh dapat kerana dia terlalu mahal. Kadang2 kita sudah rasa berada dalam kebenaran tapi kalau kita kaji, bahas, ternyata kita belum berada dalam kebenaran, walaupun berada dalam jemaah kebenaran. Menunjukkan kebenaran itu sangat mahal.

Tuhan ingatkan kita :

Alhaqu min rabbika fala taku nanna minal mumtarin

“Yang haq itu hanya datang dari Tuhan (tak datang dari sesiapa). Oleh itu kamu janganlah jadi orang yang menentang.”

Oleh kerana kebenaran itu mahal sekali, sedangkan semua orang ingin mencari kebenaran, maka masing2 menganggap dirinya benar. Kita sangka kita dalam kebenaran. Kalau begitu bagaimana mengukur, menilai apakah seseorang itu dalam Kebenaran.

Proses mencari kebenaran melalui beberapa tahap iaitu :

1.bertemu / jumpa kebenaran

2.Menghayati kebenaran itu

3.Merasakan kebenaran itu

Bagaimana kita mengukur / menilai bahawa kita sudah jumpa kebenaran, menghayati kebenaran, dan merasakan kebenaran itu?


Soalan 1 :

Kebenaran itu satu yang sangat mahal. Mencarinya adalah suatu hal yang sangat susah. Sepertilah kita mencari intan, untuk nampak/lihat/jumpa pun susah. Itu belum memiliki. Padahal benda yang wujud berjuta2, sedangkan yang hendak dicari satu saja. Jadi sangat susah. Banyak orang mengatakan mereka ada dalam kebenaran. Bagaimana kita nak menilai bahwa kita dah berjumpa / berada dalam satu kumpulan yang nampaknya kumpulan kebenaran. Bagaimana menilai bahawa yang kita lihat adalah intan.

Jawapan Abuya:

Jumpa / lihat ilmunya dulu. (terima kebenaran mesti dengan ilmu). Kalau melihat / menilai kebenaran hanya dari tengok bagaimana mereka beramal itu tidak cukup. Amal itu belum tentu ilmunya benar.


Soalan kedua :

Ilmu itu adalah untuk diamalkan. Ilmu apa yang kita jumpa dalam Kebenaran itu?

Jawapan :

Kebenaran satu, tapi ilmunya tentu banyak. Tak mungkin ilmunya satu. Kebenaran hanya satu yaitu dari Tuhan. Ilmunya banyak. Oleh itu kenal ilmunya dulu. Ilmu yang ditemui itu mestilah banyak bukannya satu, misal ilmu mengenal Tuhan itu yang utama, ilmu untuk cinta dan takut Tuhan, ilmu tentang mazmumah, bagaimana baiki diri, halal-haram, wajib, sunat, makruh, ilmunya jelas. Yang kita jumpa 1 pakej ilmu yg sangat benar. Kalau kita sudah jumpa ilmunya, sudah mudah untuk diamalkan kerana jelas. Tinggal saja kita mahu beramal atau tidak.

Soalan ke3 :

Setelah jumpa kebenaran dan ilmu pun sudah diambil / dapat, bagaimana kita tahu bahawa kita dapat hidayah atau tidak. Hidayah terhadap kebenaran atau terhadap ilmu yang kita jumpa / dapat?

Jawapan :

Setelah kita jumpa kebenaran kerana jumpa ilmunya, tanda kita dapat hidayah adalah bila kita rasa menyesal : “Aku menyesal, aku cuai, aku lalai selama ini.” Dengan kata lain, datang insyaf, datang kesedaran. Lantas merangsang untuk melaksanakan. Orang yang tak dapat hidayah walau dia mendengar ilmunya tapi tak datang rasa insyaf. Banyak bahas. Setelah bahas2 lalu dia kata :”Dah haram, haramlah.”Hanya bersyarah saja.


Soalan 4 :

3 soalan di atas adalah berkait dengan hidayah. Dapat hidayah saja tak cukup. Sekarang apa tanda seseorang dapat taufik?

Jawapan :

Seorang yang dapat taufik iaitu dia mendapati ilmu yang sama dengan amalannya. Yang batinnya, apa yang jadi keyakinan selaras dengan pelaksanaannya.


Soalan 5 :

Untuk sampai ke tahap taufik inilah yg susah. Sudah dapat ilmunya, ada hidayahnya tapi untuk bertindak tak kena saja. Mengapa begitu? Sepertilah seseorang sudah belajar kereta, tapi bawa kereta terlanggar saja, masuk longkang,dll


Jawapan :

Bila akan sampai ke tahap taufik, iaitu ilmu yang kita tahu sama dengan tindakan kita, ada 2 halangan besar yakni nafsu dan syaitan. Inilah yang selalu menggagalkan. Kalau begitu mujahadah kena kuat. Kalau tak mujahadah walau pun tahu ilmunya takkan boleh beramal. Misal secara ilmu kita sudah tahu bila orang salah kena memberi maaf. Tapi bila orang buat salah kita tak boleh memberi maaf. Begitu juga bila kita bersalah, untuk minta maaf malu kerana ego besar. Sekali lagi, bila kita masuk ke era taufik akan dihalang nafsu syaitan jadi kena mujahadah yang kuat.

Soalan 6 :

Kalau begitu kita ingin sangat taufik, ingin sangat ilmu yang ada kita boleh buat tapi kenyataannya kita tak mampu. Boleh buat sebahagian tak boleh buat yg lain. Kadang boleh buat kadang tak boleh buat. Apa panduan agar kita boleh buat sentiasa?

Jawapan :

Perlu ada jemaah, perlukan pimpinan Mursyid, perlukan tawasul. Tawasul ini akan sangat membantu


Soalan 7 :

Katalah seseorang sudah jumpa jemaah kebenaran, sudah jumpa kelompok kebenaran, jumpa gurunya, dah bergaul sama, tiba2 orang itu tak puas hati. Dia kata : “Kata jemaah kebenaran tapi nampaknya tak ada ukhuwah, tak ada kasih sayang, nampaknya ada orang tak boleh terima lagi, tak mesra lagi. Kadang2 tegur sapa pun tak nak. Kebenaran apa ini?”. Hal ini dia sampaikan boleh dalam keadaan mengkritik atau pun dalam nada sedih. Misal ia jumpa Abuya dan kata, saya dah jumpa kebenaran, jemaah Ustadlah. Tapi saya tengok dalam jemaah banyak masalah, ada yang belum berkasih sayang, belum mesra lagi. Apa penilaian kita tentang orang tersebut?

Jawapan :

Pada saya orang itu escapist dia inginkan ketenangan, kasih sayang, tengok2 tak dapat. Dia kata inginkan kebenaran tapi escapist, ada kepentingan peribadi.


Soalan 8 :

Kalau kitalah yang kena penyakit itu, apa jawapan bagi diri / hati kita?

Jawapan :

Kita cari kebenaran ini sepertilah mencari duit. Adakah kita mencari untuk orang? Tidak begitu, tapi kita cari duit untuk diri kita. Begitulah juga dengan Kebenaran, kita mencari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk kita. ( Maksudnya untuk kita amalkan bukan supaya orang lain amalkan). Patutnya kita kata pada diri kita : “Aku tak kasih sayang lagi pada orang lain padahal ilmu sudah ada. Aku belum tawadhu lagi padahal ilmu sudah ada. Aku tahu maafkan orang itu mesti, tapi aku tak buat lagi.” Bagi orang yang betul2 dalam kebenaran begitulah dia berfikir. Dia cari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Khamis, 14 April 2011 | By: iKhwan89

12 APRIL 2011 : genap setahun mengajar dibumi IRSyAD

salam alaik...semoga dalam kasih sayang Tuhan...bismillahi allahu akbar....sesungguhnya betapalah besarnya peranan tawassul lebih-lebih lagi di akhir zaman ini....terima kasih Rasulullah..terima kasih saiyidi terima kasih A.....terima kasih ummi ayah kerana kenalkan aku dengan jemaah yang mengenalkan aku Tuhan...

Alhamdulillah..berkat RSA....aku kini telah berada di bumi al-irsyad cukup setahun....moga semua perbuatan ku diredhai..

Banyak pahit maung yang aku rentasi dan lalui di bumi tempat asal ku menimba ilmu...dari berjalan kaki datang ke sekolah..hinggalah kehari ini....14 april 2011,aku kini berkereta baru datang ke sekolah...terima kasih Tuhan yang maha Baik...

Dahulu aku hanya melihat jerih payah mualim dan mualimah mendidik anak2 muridnya,merancang pelbagai program dan aktiviti....tapi kini...aku sedar...aku yang telah melalui jerih payah itu kini.....sangat menghormati pengorbanan guru-guru aku...dengan gaji yang cukup makan,dengan frasarana yang lebih-lebih kurang....namun mereka tetap setia dengan tanah dan bumi Al-IRSYAD....semoga mereka semua dalam kasih sayang Tuhan...

Alhamdulillah..trima kasih Tuhan yang menciptakan semuanya.....peliharalah aku daripada membuat dosa....sesungguhnya engkau sahaja lah yang Maha Pemelihara...

Ampun maaf semua..salam rindu untuk rasulullah,saiyidi,dan abuya...
Rabu, 13 April 2011 | By: iKhwan89

"..boleh kah kalau disyurga nanti tiada bidadari untuk suami anda??"

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.." Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. "Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban' juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu). Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. Betul? Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini. Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?" Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya. Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat 'Ivana Trump' pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. "Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; "Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi." Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu. Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga.. Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-) ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j --- Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~
Isnin, 11 April 2011 | By: iKhwan89

....kini aku semakin dekat dengan saat kematian ku...

bismillahi allahu akbar.....selawat dan salam keatas junjungan agung kita baginda Muhammad...nur Muhammad yang menjadi ibu segala penyelesai masalah,ibu segala kejayaan...terima kasih saiyidi dan al fatta tamimi yang kini sedang mempersiapkan tempat untuk Daulah...

Alhamdulillah....isnin kembali lagi dengan tarikh yang baru....ini bermakna...semakin hampir kita pada masa atau saat kematian kita,ataupun saat kepulangan kita ke kampung asal.....bukankah sudah menjadi kegembiraan kepada semua manusia???

Oh....lupa....mungkin ada jugak yang tidak suka balik ke kampong asal....yelah..dah sedap duduk sndiri..sampai tak teringat kampung halaman....begitulah aku......kini semakin dibuai kesenangan menjadikan aku lalai selalu dengan Tuhan....Oh..kalau lah aku sedih pun..bukan kerana Tuhan..tapi kerana dunia......

Kalau aku gembira pun juga lagilah bukan kerana Tuhan...juga kerana dunia....Tuhaaaaan......sedihnya aku saat aku memikirkan betapalah bila-bila masa sahaja aku akan dipanggil oleh Mu......mana mungkin aku boleh menghadap Mu dengan perangai ku yang macam ni???suka marah-marah...selalu ikut nafsu.....utamakan duit...padahal aku kene utamakan Tuhan..

Tuhan..terasa berat hidup ni kalau tidak ada bantuan dari orang-orang Mu....bahkan semakin berat lagi jika melawan orang-orang Mu....Ampunkan aku RSA kerana selalu melawan apa yang disuruh oleh Mu....salam rindu buat RSA,salam kasih sayang untuk keluarga....
Selasa, 5 April 2011 | By: iKhwan89

KUASA SIHIR VS KUASA KERAMAT


Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Imam Mahdi dan Dajjal

Imam Mahdi, Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada para Ikhwan serta Asoib mengikut keperluan sezaman yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam. Ilmu pengetahuan yang banyak serta tajdid itu
diberikan kepada orang kanannya yang digelar Al Fata atTamimi (Pemuda Bani Tamim), satu panggilan seperti yang disebut dalam hadis-hadis

Ikhwan-ikhwan adalah gelaran khas kepada pembantu-pembantu Al Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis juga, diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuanyang bersifat jaddid itu.

Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu2 pengetahuan tentang pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh islam secara rambang untuk memporakperandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupu akidah seperti Black Metal dan sebagainya.

Termasuk berkah dan karomah Al Mahdi itu, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri, dengan amalan sufi himpunan wirid dan zikir yg diamal tiap hari.

Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-lmu yang khas dalam bidang masing-masing.yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam Belum lagi ilmu-ilmu karamah yang sesuai semasa zaman peperangan nanti

Dajjal, adalah di pihak musuh Islam Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-lmu sihir sebagai istidraj Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal. Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya d

Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal. Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya

Sebelum peperangan bersenjata, berlaku peperangan yang berbentuk sihir dan keramat di mana kemuncak peperangan sihir yang sedang berlangsung sekarang adalah apabila Dajjal zahir

Sihirnya yang luar biasa menyebabkan ramai menjadi pengikutnya termasuk sebahagian orang Islam yang lemah imannya. Jika mengikut Dajjal maka menjadi kafirlah mereka…

KUASA SIHIR VS KUASA KERAMAT


Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Imam Mahdi dan Dajjal

Imam Mahdi, Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada para Ikhwan serta Asoib mengikut keperluan sezaman yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam. Ilmu pengetahuan yang banyak serta tajdid itu
diberikan kepada orang kanannya yang digelar Al Fata atTamimi (Pemuda Bani Tamim), satu panggilan seperti yang disebut dalam hadis-hadis

Ikhwan-ikhwan adalah gelaran khas kepada pembantu-pembantu Al Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis juga, diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuanyang bersifat jaddid itu.

Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu2 pengetahuan tentang pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh islam secara rambang untuk memporakperandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupu akidah seperti Black Metal dan sebagainya.

Termasuk berkah dan karomah Al Mahdi itu, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri, dengan amalan sufi himpunan wirid dan zikir yg diamal tiap hari.

Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-lmu yang khas dalam bidang masing-masing.yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam Belum lagi ilmu-ilmu karamah yang sesuai semasa zaman peperangan nanti

Dajjal, adalah di pihak musuh Islam Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-lmu sihir sebagai istidraj Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal. Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya d

Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal. Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya

Sebelum peperangan bersenjata, berlaku peperangan yang berbentuk sihir dan keramat di mana kemuncak peperangan sihir yang sedang berlangsung sekarang adalah apabila Dajjal zahir

Sihirnya yang luar biasa menyebabkan ramai menjadi pengikutnya termasuk sebahagian orang Islam yang lemah imannya. Jika mengikut Dajjal maka menjadi kafirlah mereka…

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com