Abuya menyifatkan akal orang Badwi sama dengan akal
orang asli / sakai di
Malaysia. Rendahnya pemikiran orang Badwi itu adalah kerana dicorakan oleh kehidupan mereka iaitu tidak bersekolah. Selain itu turut juga dipengaruhi kehidupan mereka yang hanya disekitar unta, kambing, tamar dan padang pasir. Manakala orang asli pula sama juga iaitu tidak bersekolah, dan sekitar hutan, sungai, ibu kayu, haiwan hutan. Pemikiran Badwi dan Sakai ini boleh juga ditingkatkan sedikit melalui sekolah. Sedikit saja tahap yang boleh ditingkatkan kerana sekolah hanya mengisi akal semata-mata. Selain itu melalui sekolah juga terpaksa menempuh masa yang lama. Jarang Sakai yang mampu bertahan lama, dan terpaksa pula menempuh tahap-tahap peperiksaan.
Kalau proses menjadi pandai itu hanya semata-mata melelui sekolah, orang bukan Badwi dan bukan Sakai pun kalau tidak bersekolah hasilnya bodoh macam Badwi dan Sakai juga. Cuba lihat kepada anak-anak kampung dan miskin yang tiada peluang sekolah, akalnya bodoh juga. Inilah yang membezakan antara sekolah dengan didikan roh. Didikan roh tanpa sekolah formal pun boleh mengatasi pemikiran orang sekolah. Terdapat empat contoh:
1. Para Sahabat yang kebanyakannya Badwi, dididik oleh Rasulullah saw tanpa sekolah formal, mereka hanya diberi didikan roh.
Akal mereka jadi cerdik hingga boleh mentadbir empayar/dunia.
2. Empayar Othmaniyah yang menaungi 39 buah
negara. Othman itu sendiri adalah orang kampung. Anak murid dalam bani Othman yang dididik rohnya oleh Shamsuddin Al Wali iaitu Muhammmad Al Fatih berjaya membina taqwa yang luar biasa, bantuan Tuhan pun laju luar biasa. Tuhan beri ilham dan kepintaran hingga mampu membuat berbagai strategi, akhirnya Constantinople jatuh dalam satu malam sahaja.
3.Tholut juga orang kampung dan seorang petani. Dia memimpin 83 ribu pengikut. Tentulah sangat berwibawa. Berwibawa itu bererti rohnya hebat serta cerdiknya yang luar biasa.
4. Abuya tidak berkelulusan tinggi dari pengajian formal. Bukan saja rohnya luar biasa, cerdiknya pun luar biasa. Majoriti orang yang Abuya pimpin juga bukan dari kalangan cerdik pandai atau kelulusan tinggi. Hasilnya ramai yang rohnya meningkat serta akalnya juga turut menjadi cerdik.Bekas pelajar Arqam ramai yang jadi pemimpin dalam jemaah Abuya. Sedangkan sekolah Arqam amatlah dhaif dinisbahkan kepada sekolah-sekolah yang ada zaman ini.. Seluruh anak didik Abuya itulah yang bakal mentadbir dunia, bukan lulusan Oxford , Cambridge atau Havard atau mana-mana universiti. Kalau pun ada yang lulusan universiti, sekiranya atas nama kelulusan mereka itu, tidak akan sampai mampu mentadbir dunia. Makan gaji bolehlah. Mereka juga kalau mahu turut berjuang, perlu melalui proses didikan roh dari Abuya yang tidak ada kelulusan.
Berbalik kepada persoalan bagaimana roh mengajar akal jadi cerdik. Jarang ada orang tanya untuk memahaminya lebih mendalam. Orang tidak tanya samada mereka faham atau mereka terima dengan yakin saja. Orang yang terima dengan yakin saja tanpa faham ada bahayanya. Kalau untuk sendiri okaylah. Tapi kalau kita orang masyarakat serta pejuang, kita hendak bawa orang. Sekiranya ada orang tanya ditakuti kita tidak boleh jawab.
Abuya sebut bahawa roh yang tajam akan mengajar akal jadi tajam. Bagi Abuya ikhwan itu adalah orang yang tajam roh dan akalnya. Cuma prosesnya ialah roh yang tajam mengajar akal jadi tajam. Abuya gunakan istilah roh ‘mengajar’ akal. Sedangkan dalam tajuk lain berkaitan peranan roh, nafsu,akal dan fizikal bahawa akal yang memberi tunjuk ajar dengan ilmu bagaimana roh hendak merasai dengan tepat. Manakala fungsi roh hanyalah merasai atau perasaan sahaja. Nampak seolah-olah macam bercanggah.
Abuya biasanya tidak silap dalam memilih perkataan atau istilah. Hanya kita saja yang kadang-kadang keliru. . ‘Mengajar’ yang Abuya gunakan itu perlu difahami menurut peringkat roh seseorang. Terdapat 4 peringkat roh:
1. Roh bercahaya yang Tuhan beri kepada
Rasul dan Nabi. Rasul dan Nabi juga Tuhan beri mereka sifat Fathanah. Ini anugerah Tuhan. Kepada Rasul dan Nabi segala ilmu Tuhan beri dalam bentuk Wahyu yang terus ke dalam hati atau ke dalam roh. Wahyu itu adalah ilmu. Ilmu itu melekat dihati para Rasul dan Nabi hingga mereka tidak lupa. Ilmu mereka itu apabila hendak disampaikan kepada manusia ianya akan melalui akal. Akal juga turut mendapat ilmu itu. Maka akal mereka yang sudah sedia Fathanah itu turut mendapat ilmu Wahyu. Maka begitu hebat dan sempurna ilmu yang mereka miliki kerana Tuhan yang beri.
2. Roh bersih yang dimiliki oleh orang Tuhan/Mujaddid/ Sohibuzzaman/ wali/. Juga ulama-ulama besar termasuk tokoh-tokoh sufi yang hati mereka itu sangat bersih. Kepada para Mujaddid, oleh kerana mereka adalah wakil Tuhan dizaman tiada Rasul maka Tuhan anugerahkan hati yang bersih dan akal yang tajam sebagai modal asas. Mereka tidak perlu terlalu mujahaddah seperti orang biasa kerana mereka mendapat anugerah Tuhan.
Hati yang bersih ini tempat turunnya ilham.
Ilham itu difahamkan ke hati atau rasa hatinya tepat yang dipanggil firasat . Kalau Wahyu turun dengan bahasa dan ayat sepenuhnya. Ilham turun secara diberi faham atau firasat tetapi bahasa dan ayat disusun sendiri.
Lokmanul Hakim Tuhan muliakan hingga disebut dalam
Al Quran sebagai mengingatkan manusia bahawa mereka yang bukan Rasul dan Nabi pun mendapat ilham yang tarafnya dibawah sadikit dari Wahyu(Al Quran dan Hadis). Sebab itu kita kena pandang besar terhadap perkataan Abuya kerana ianya adalah ilham yang datang dari Tuhan. Kalau kita bersihkan hati atau roh ditambah pula dengan berkat maka roh kita dapat tempias Abuya iaitu diilhamkan hingga mudah faham minda Abuya. Dari hati atau roh yang begini mudah menangkap maksud kata-kata Abuya. Roh yang dapat tempias ilham akan memahamkan kepada akal. Ini yang dikatakan roh yang tajam mengajar akal jadi tajam. Inilah yang dimiliki oleh Badwi, mereka dapat tempias mukjizat dan roh bercahaya maka hati mereka mudah faham wahyu yang mereka terima.
Imam Shafie pernah mengadu kepada gurunya tentang sukar melekat ilmu. Waki’ suruh Imam shafie bersihkan hati dengan bertaubat dari dosa. Mimar Sinan juga dapat ilham tentang
cara membangunkan Masjid Biru yang sangat dikagumi dunia. Dia hanya seorang tukang kebun dan tidak bersekolah. Bila Mimar Sinan hendak membangunkan Masjid tersebut, ketika itu barulah dia menggunakan akalnya yang sudah diajarkan oleh roh.
‘Mengajar’ akal dalam kontek ini juga ialah bermaksud merangsang, mendorong, berkehendak, berkemahuan, menjadikan serious, menggalakan, melajukan, menyintai, menambah minat, membuatkan suka atau tertarik. Semua istilah ini adalah ganti kepada intilah ‘mengajar’ yang mana semua ini adalah jenis perasaan terletak dihati.. Contohnya kalau seorang remaja tengok wanita cantik, hatinya akan merangsang, mendorong, meminati, menyukai, tertarik. Semua rasa-rasa ini terus keakal untuk berfikir bagaimana tindakan selanjutnya hasil dari rasa tersebut. Mungkin akal akan buat keputusan untuk ikut, ngorat, siul, kenyit mata dsb. Fizikal ikut saja apa yang akal ajar caranya.
Contoh lain yang sama maksud dengan ‘mengajar’ tetapi bukan memberi tunjuk ajar dengan ilmu. Misalnya anak nakal, degil dan suka main kotoran. Kita akan katakan kepada anak itu ‘Balik nanti ayah akan ajar kamu cukup-cukup.’ Ajar disini bukan bermaksud balik nanti nak ajar anak itu bagaimana cara berhenti main kotoran. Ajar disini bermaksud mungkin nak rotan, cubit, sekeh kepala, tak beri makan, kurungkan dalam bilik atau marah. Semua bentuk ajar itu bermaksud untuk memberi ransangan, dorongan, bertambah benci, meluat kepada main kotoran.
Bagaimana caranya roh ini akan mengajar (mendorong, merangsang, menggalak, berkemahuan, berkendak dll perasaan seperti diatas) akal jadi cerdik iaitu Abuya pernah menerangkan bagaimana Sahabat menjadi cerdik. Bagitulah kaedah yang sama bagaimana Abuya menjadi cerdik. Menurut Abuya orang yang terdidik rohnya bercita-cita Tuhan, perjuangkan Tuhan, darah daging hidup matinya Tuhan dan matlamatnya Tuhan, maka kemahuannya kuat, dorongan untuk mencapai cita-citanya kuat, sabar dan tabahnya amat luar biasa, rangsangan dan dorongan dalam hatinya amat kuat, dan berbagai rasa lagi. Roh begini akan mendorong, merangsang akal untuk sentiasa berfikir. Akal yang sentiasa dipakai untuk berfikir dengan serious tanpa henti akal menjadi cerdik dan pintar. (Berfikir tidak serious contohnya angan-angan) . Bagitulah hasilnya para Sahabat yang asalnya Badwi yang sudah dididik rohnya. Akal mereka ligat berfikir dengan serious. Natijahnya mereka menjadi cerdik. Kata Abuya
lagi bahawa Abuya setiap apa yang dilihatnya, setiap peristiwa yang berlaku, setiap perkara, setiap benda, setiap hal, semuamya Abuya fikirkan. Mengapa orang lebih suka makan satay dikedai satay berbanding bungkus bawa balik pun Abuya fikirkan. Jawapan kepada apa yang difikirkan itu tidak mestinya tepat. Yang penting ialah berfikir.
Orang yang roh bersih ini bukan menafikan ilmu belajar. Sedangkan hendak membersihkan hati itu pun mesti berdasarkan ilmu belajar. Bukan menafikan keperluan belajar. Bahkan Imam Shafie dan
Imam Al Ghazali itu asalnya belajar formal. Namun kalau sekadar ilmu formal maka sebanyak mana dan selama mana belajar maka sebanyak itulah ilmu yang di perolehi. Jadilah macam ulama sekarang. Ilmunya amat terbatas dari segi banyak dan bidangnya. Akal pun setakat apa yang ada. Kalau cerdik setakat itu saja dan tidak bertambah cerdik sampai bila-bila.
Sedangkan ulama yang hatinya bersih lautan ilmunya bukan pada banyak dan lama belajar, tetapi ditambah dengan ilham. Sayangnya Umat Islam tidak mahu membaca dan mengkali sejarah
Ulama Mujaddid serta Ulama Mujtahid.
Bagi Abuya menambah berbagai ilmu, pengetahuan, membaca, melancong atau musafir adalah diantara yang membuatkan akal lebih laju berfikir. Melalui masaalah yang dihadapi pun turut menguntungkan Abuya kerana disitu peluang Abuya berfikir dan menjadi cerdik. Perkembangan semasa diseluruh dunia dalam aspek apa pun membuatkan Abuya berfikir dan akal bertambah tajam. Tetapi berbalik kepada asal perbahasan diatas tadi. Bagi Abuya semua yang menjadi bahan berfikir itu hanya kerana adanya dorongan, cita-cita, rangsangan, galakan, kemahuan, kehendak dan minat dari roh supaya akal menjadi cerdik demi untuk perjuangkan Tuhan. Demi untuk tawan hati manusia supaya jinak dengan Tuhan. Demi untuk kenalkan Tuhan kepada manusia. Demi untuk mentadbir dubia. Kalau kemahuan, cita-cita, dorongan dan rangsangan sekadar cari makan, jadi ketua kampung, imam masjid, pimpin pondok, tidak akan merangsang untuk jadi lebih cerdik. Sebabnya tiada cabaran dan biasanya berpuas hati
dengan kedudukan yang ada. Hendak tadbir sebuah empayar ertinya nak uruskan ratusan juta manusia mana boleh dengan tahap roh dan akal imam masjid atau Tok Guru pondok.
3.Roh kelabu. Inilah tahap orang awam yang mesti memiliki banyak ilmu. Agar dengan ilmu itu dapat mengajar hati bagaimana hendak berperasaan terhadap sesuatu perkara. Kalau kurang ilmu maka akan bertambah rosak. Golongan ini kalau banyak ilmu maka lebih cerdik dan lebih pandai. Kadang-kadang ada yang menjadi baik kerana akalnya saja yang memikirkan kalau buat jahat banyak kerosakan atau jatuh wibawa, atau memalukan atau boleh merosakan kesihatan.Ini yang dikatakan mengajar hati untuk merasai. Rohnya yang kelabu itu dapat menerima tunjuk ajar akal. Hati mereka jenis ini tidak menjadi tempat jatuhnya ilham.
4. Roh gelap. Ini adalah golonga akal semata-mata. Golongan yang hanya menerima ideology sahaja sebagai panduan hidup. Hatinya bukan sahaja menolak Tuhan bahkan ajaran Tuhan pun mereka tolak. Semua perkara hendak dilojikan. Bahkan kalau ilmu Wahyu sekalipun kalau bercanggah dengan lojik maka ditolaknya wahyu dan mengambil lojik sahaja. Ini termasuk umat Islam sendiri yang terjebak dengan fahaman anti Hadis. Mereka kata Hadis itu banyak sangat yang diluar lojik.
Kesimpulannya kejayaan Rasulullah dalam perjuangan
Baginda adalah kerana Tuhan amat membantu. Ini kerana Para Sahabat yang Baginda didik roh mereka itu hingga bersih, diisi pula dengan ilmu yang juga bersih iaitu ilmu Wahyu. Inilah diantara
Rahsia kejayaan umat Islam dulu dan kejayaan para Mujaddid. Ini semua memang sukar hendak dicapai kecuali beserta dengan keyakinan yang kental. Kalau kurang yakin, kita akan berbolak balik. Bermain dihati kita persoalan ‘betul ke atau tidak’. Kalau bermain dihati yakin campur ragu maka kita akan menjadi acuh tak acuh dalam tindakan dan pelaksanaan.
0 comments:
Catat Ulasan