Rabu, 24 November 2010 | By: iKhwan89

KURSUS PROFESIONALISME GURU : natijah yang palsu..

bimillah..salam..ape kabar sumer..semoga dalam kasih dan sayang Tuhan....

Hmm...alhamdulillah...aku baru jer habis kursus profesionalisme guru..yang bertajuk PEDAGOGI..haaa.....ape die pedagogi tu..?hehehe..memula aku dengar pun aku tatau..huhuhu...apakah ia macam rifreksiologi??atau apa??huhuhu

PEDAGOGI bermaksud cara pendidikan kanak-kanak....PEDA bermaksud kanak-kanak..manakala GOGI tu adalah cara pendidikan....kalau orang dewasa plak..ia di panggil ANDRAGOGI...ANDRA tu ialah orang dewasa manakala GOGI tu juga adalah cara pendidikan...

Huhuhuh...berbagai istilah..pelbagai modul dan pelbagai perkara yang disampaikan....dan kebanyakan contoh diambil dari negara-negara maju....beberapa sahaja yang diambil dari negara2 yang tidak maju seperti indonesia..sedikit sangat..

Dan...dalam penyampaian itu jugalah...rupa-rupanya....barulah aku tersedar...betapalah semua perkara pendidikan...telah diajar dan di praktikkansecara tidak sedar oleh mursyid ku Abuya sohibuzzaman didalam khidupan seharian jemaah...cuma ia diberi istilah-istilah moden sahja oleh para profesor atau cendekiawan2 kononnya...

Ada satu masa...penceramah berkta.."saya masih mencari..bagaimana dan apakah teknik untuk mengajar supaya kita dapat menyampaikan ilmu sampai ke hati murid...."..masih mencari.....namun..betapalah...rasulullah telah menggariskan bahawa..hubungan hati sesama anak murid dan guru itu...adalah kerana cintakan Tuhan..ikhlas dalam mendidik sahaja tidak cukup jika tidak disulami dengan rasa-rasa berTuhan tadi seperti rasa cinta Tuhan..rasa takut Tuhan..dan pelbagai rasa lagi yang ditimbulkan akibat dari cintakan Tuhan..

Nak mendidik murid...mestilah dari hati...ia akan jatuh ke hati...didiklah murid agar mencintai Tuhan..kaitkan semua perkara dengan Tuhan..kerana setiap saat hidup kita ini..tidak pernah trputus dari pandangan Tuhan.

Apakah sebuah negara yang mempunyai sistem yang teratur dan maju telah dikira berjaya sistem pendidikannya...sedangkan ia juga mempunyai kadar kes bunuh diri yang tinggi,kadar kes-kes jenayah lain yang tinggi??wajarkah kita lagangkan sistem pendidikan dinegara tersebut sebagai maju dan berjaya??dimanakah kejayaannya??

Mursyid ku,abuya sohibuzzaman adalah merupakan peneraju awal sistem pendidikan islam mirip cara rasulullah pada zaman moden kini...style mendidik yang mengutamakan Tuhan dalam kehidupan..ukhuwah dan kasih sayang,rasa bersama dan bekerjasama didalam masyarakt,kebersihan lebih-lebih lagilah amat dititik beratkan...semuanya adalah hasil dari didikan daripada hati yang mengenal Tuhan...maka ia berjaya memberi kesan kepada semua murid tanpa ada unsur-unsur kekerasan...

begitulah rupanya buta manusia kini...tidak reti menilai mana yang berjaya atau manakah yang tidak berjaya...sebagaimana rasul pernah bersabda islam itu dagang dan akan kembali dagang itulah islam kini...yang semakin hari semakin dilupakan sistem dan cara hidupnya..kalau ada pun orang yang memperkatakannya..cuma bilangan jari..dan ada juga demi kepentingan diri mereka sahaja..

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah..setiap manusia itu mempunyai sekeping hati yang asalnya,fitrahnya adalah hendakkan satu kuasa yang Maha hebat iaitu Tuhan...maka..didiklah sekeping hati itu dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan..agar fitrah itu segar,dan kembali kuat tidak dihimpit oleh nafsu yang hendakkan kerja yang bagus atau harta yang bnyak...moga semua dalam redha dan kasih syang Tuhan..

wabihi wallahu a'lam..

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com