Assalamualaikum semua yang dihormati sekelian,
Dilampirkan di sini penjelasan tentang PARLIMEN ROH;
PARLIMEN ROH ialah satu aktiviti oleh para ahli lembaga pengarah (Board Of
Director) dan para perwakilan wanita (Ibu) bagi syarikat Global Ikhwan
untuk dua tujuan.
1) Memotivasikan roh-roh ahli-ahli agar disucikan daripada nafsu berdasarkan
firman Allah: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan rohnya” (QS.
91:9)
2) Menanamkan iman atau keyakinan kepada alam ghaib. Sesungguhnya orang
mukmin itu adalah yang meyakini alam ghaib: “Kitab (Al-Qur'an) ini tidak
ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Yaitu mereka yang
beriman kepada yang ghaib …”(QS. 2:2-3). Allah berfirman: “ Sedang kehidupan
akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”. (QS. 87:17)
Alam ghaib itu diciptakan oleh Allah sebagai tempat tinggal para malaikat,
roh-roh para nabi dan roh-roh suci orang-orang Allah yang mereka itu hidup
di sana. Oleh karena Allah menjanjikan kepada pejuang-pejuang Islam bantuan
dari alam ghaib, maka PARLIMEN ROH berusaha merealitikannya, yakni
sepertimana pejuang-pejuang Islam banyak mendapat bantuan dari alam ghaib
maka kami juga mencuba agar dia juga berlaku kepada perjuangan kami. Contoh,
Tabung Taqwa itu ialah hasil mengusahakan taqwa kepada Allah. Kami memohon
agar Allah memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga melalui
perniagaan-perniagaan kami semuanya.
Dikatakan PARLIMEN ROH ialah supaya dia tidak berbau politik (demokrasi
barat). Ini ialah parlimen orang-orang yang cintakan Allah dan Rasul. Kalau
kami katakan parlimen ikhwan atau parlimen Islam, boleh disyaki berbau
politik. Sedangkan parlimen ini betul-betul mengusahakan atau memotivasikan
roh supaya disucikan dari kejahatan nafsu.
AI Prompt Ace Review
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan