Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan
insan
Yang menjadi masalah bukan masalah itu, yang menjadi masalah orang tidak
tahu peranan Tuhan
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi dua masalah, yang bukan masalah jadi masalah,
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah jadi masalah
dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, kekasih Tuhan tidak akan
ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi Tuhan tidak akan timpakan
mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya, Tuhan tahu
pada mereka bukan masalah
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah
Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah pahala dan Syurga
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka, pangkat dan darjat di dalam
Syurga
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai
masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah, yang mereka anggap bukan
masalah tapi ibadah
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya
Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah
masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah
Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat ketinggian darjat di dalam
Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa

0 comments:
Catat Ulasan