Rabu, 30 Mac 2011 | By: iKhwan89

TSUNAMI JEPUN : MARILAH KEMBALI KEPADA TUHAN


Bismillahi Allahu akbar..bismillahi Allahu akbar..bismillahi Allahu akbar....selawat dan salam rindu buat junjungan agung Nur Muhammad....salam rindu juga buat pemimpin jemaah kebenaran akhir kurun ini...terima kasih RSA,terima kasih RSA terima kasih RSA yang tidak terhingga...kerana dengan adanya RSA dapat lagi aku hidup dalam suasana kasih sayang dan aman...

Tsunami yang Tuhan ciptakan adalah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat patuh kepada perintah Tuhan....dia sangat patuh sehinggakan dia tidak akan bertindak selagi tanpa arahan Tuhan yang menciptakannya...

Namun....manusia sebenarnya penuh dengan perasaan lupa dan takbur sehinggakan ingin melawan kuasa yang Maha Pencipta...lalu berlakulah tsunami yang amat dahsyat peringatan dan ancaman dari Tuhan...

Manusia yang sering melupakan Tuhan...mereka menganggap mereka mampu melawan tsunami itu..lalu diciptakannya berbagai-bagai alat yang paling canggih di dunia...yang diharapkan mampu untuk memberi amaran dan bertindak lebih awal daripada kuasa Tuhan....

Akhirnya.....inilah akibat manusia yang sombong dan bongkak..yang tidak pernah merasakan ada Tuhan yang mencipta...sistem yang paling canggih yang di ciptakan pun tidak mampu untuk melawan...berpuluh-puluh ribu mangsa yang terkorban,beribu-ribu yang kehilangan tempat tinggal...

Tuhan....Maha Suci Tuhan lakukan itu semua melainkan ada hikmahnya....rupa-rupanya..Tuhan nak ajar kita bahawa kita ini lemah dan sangat perlukan Tuhan...Sehebat mana pun teknologi kita...kalau tuhan nak jatuhkan..tetaplah ia jatuh sejatuh-jatuhnya...

Marilah kita ambil iktibar tsunami yang berlaku di negara Jepun...semua tahu bahawa negara tersebut negara yang paling maju dan moden di dunia...namun..apa yang jadi saat tsunami merempuh negara tersebut??

Marilah sama-sama kita kembali kepada Tuhan...agar hidup kita selamat lagi menyelamatkan...ampun maaf..wabihi wallahu a'lam..

1 comments:

han hanan berkata...

tetapi selepas tsunami di jepun,Hanan kagum dengan rakyatnya yang tolong satu sama lain walaupun diri sendiri dalam keadaan susah.Jarang orang ada rasa mengasihani antara satu sama lain..


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com