Rabu, 9 September 2009 | By: iKhwan89

CERITA TENTANG DIA : KAWAN KESAYANGAN SUSAH DIGANTI



*sambil hirup udara pagi*...selamat pagi semua hidupan didunia!!(^_^)...semoga dalam kasih sayang TUHAN..selawat dan salam kita kepada junjungan agung Muhammad SAW,terima kasih ku kepada fatta tamimi dan saidi,kerana kehadiran mereka mampu membawakan manusia mengenalkembali TUHAN..

*Hmm..*pagi2 ni nak kOngsi skit sesuatu yang bagiku sangatlah bernilai...tak kire di sisi mane pun...ianya ialah sahabat...dalam berkawan,pelbagai jenis peringkat..ade kawan jalanan,ade jugak kawan sekelas,ada kawan baik,ade jugak kawan kesayangan..bagi ku,aku paling menghargai hati kawan baik ku..tidak kire die ialah siapa..asal die kawan baik ku,aku tetap menghargainya...sekalipun aku disakiti olehnya sendiri...

Tapi yang boleh memberikan ku semangat selalu,yang selalu membuat ku tersenyum,yang selalu menghargai ku,yang mudah untuk ku berkongsi dengannya,ialah kawan kesayangan ku...kawan baik boleh 2,3 orang......tapi kawan kesayangan......................tak boleh 2,3...ia tetaplah satu,tak ada yang pernah boleh meggantikannya...

Bagaimanalah pula kalaulah satu hari kita terpaksa membuat kawan kesayangan kita bersedih,marah,benci kepada kita..??apa yang kita perlu lakukan?,kerana itu bukanlah kehendak kita..bagi ku..........kegembiraan ku tiada lagi jika terjadinya begini,tak bergunalah aku ini kerana sanggup membuatnya bersedih..dan ia memang berlaku kepada ku...*oh Tuhan*

Kuasa persahabatan tidak boleh dan tidak mampu untuk ditukar ganti..walaupun dengan cinta..aku sanggup melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati sahabat kesayangan ku..kerana kegembiraanya ialah kegembiraan ku,kesedihannya ialah kesedihan ku,kejayaanya ialah kejayaan ku..*nak start nangis..*

Betapalah agungnya TUHAN yang menjadikan ikatan ukhuwah..satu ikatan ghaib yang mampu menghubungkan antara manusia dengan penuh kasih dan sayang..Wahai Tuhan ku yang maha Agung,yang Maha Kasih Sayang,yang Maha Baik,ampunilah dosa ku terhadap sahabat kesayangn ku,tautkanlah kembali hati kami seperti dulu,jadikan kami hamba Mu yang beriman,yang berkasih-sayang sesama makhlukMu..wahai Tuhan ku,aku tidak sanggup hanya kerana kesalahan ku,aku dibebankan dengan semuanya..

wahai Tuhan ku,kembalikanlah aku kepada Mu andai aku tidak mampu lagi melawan dunia,tidak mampu lagi berkasih sayang dengan makhluk Mu,ambillah aku wahai TUHAN jika aku sanggup melukakan hati seorang yang bernama sahabat...wahai TUHAN yang maha pengampun dan pemberi rahmat..ampunilah aku..


*dedikasi 7 september...khas untuk sahabat kesayangan ku yang sedang membenci ku..semoga walaupun membenci,tapi kemanisan ukhuwah yang bertaut sekian lama menjadikan kita cepat melupakan kebencian itu..*

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com