Khamis, 26 November 2009 | By: iKhwan89

HAJI KEMUNCAK IBADAH


Rukun iman dan rukun islam adalah pelembagaan hidup lahir dan batinorang-orang yang cintakan Tuhan. Sepertilah rukun negara bagi orang yangcintakan negara. Gabungan kedua-dua rukun ugama ini, bila di amal,dihayati dan di perjuangkan sungguh-sungguh akan lahirkan patriot agamayang bertaraf muttaqin atau siddiqin, muqarrobin, paling tidak solihinyakni orang bertaqwa yang begitu dekat dengan Allah. Mereka adalahorang-orang Tuhan yang kekuatannya 1 orang Tuhan sama dengan 10 yangbukan.


Hal ini berlaku melalui satu proses pembinaan insaniah yang cukupprofesional, sistematik dan intensif yang diprogramkan melalui rukunIslam yang 5.


Rukun Islam yang pertama, Kalimah syahadah


Bermula dengan mengucap dua kalimah syahadat. Bersaksi tiada Tuhanmelainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Seseorang pun mulalahmelihat Allah sebagai tujuan dan cita-cita hidupnya dengan berpandukancara hidup Nabi Muhammad SAW. Cita-cita lain seperti hidup untuk kaya,hidup untuk berilmu, hidup untuk enjoy, hidup untuk berjawatan dan lain-lain lagi yang semuanya merupakan penyakit cinta dunia yang ditaja oleh nafsu dan syaitan, mula ditinggalkannya. Sebab dia faham bahawa prinsip hidup untuk Tuhan akan dengan sendirinya menundukan dunia untukjuga di seretkan kepada Tuhan. Status dunia hanya sebagai alat bukanmatlamat. Syaitan dan nafsu tidak layak dijadikan Tuhan. Darjat mereka telah rendah bahkan bertaraf musuh Tuhan. Kalimah syahadah adalah pemisah antara golongan yang bertuhankan nafsu dengan golongan yangbertuhankan Allah . Bagi orang yang benar-benar faham dan menghayati.Hamba nafsu matlamatnya dunia. Hamba Allah matlamatnya akhirat. Maka dari sinilah orang-orang seseorang orang Tuhan untuk bertolak kedestinasinya.


Rukun Islam yang kedua sembahyang.


Calon-calon patriot ugama, dipanggil Tuhan 5 kali sehari menghadapnyadiupacara sembahyang. Panggilannya melalui azan dan iqamah cukup tegasdan jelas. Dengan maksud bahawa tiada dibesarkan dan tidak di taatimelainkan Allah. Maka mengadaplah si hamba dengan ikrar dan perilakuyang membawa maksud lagi bahawa hidup mati hanya untuk Allah dengantidak membesarkan dan tidak mentaati melainkan Allah. Hari demi harijadi kian meneballah rasa berTuhan dan rasa kehambaan si calon. Makintinggilah kemanusiannya, makin haluslah akhlaknya dan makin membaralahsemangat juangnya untuk menjadi khalifah Allah, membela nasib seluruh hamba-hamba Allah di muka bumi ini.


Rukun Islam yang ketiga dan keempat puasa dan zakat.

Bagaimana rukun ini berperanan?


Cinta mesti dibuktikan. Yakni mesti mampu menahan diri dari keinginan-keinginan nafsu yang lahir dan yang batin, demi sumpah hidupuntuk Allah. Dan mesti mampu mengorbankan hak, atas nama cinta dan sumpah yang sering diikrarkan. Maka puasa dan zakat adalah buktinya.Kedua-duanya adalah proses pembersihan lahir dan batin untuk seorangwira Tuhan yang bakal memasuki gelanggang perjuangan bersama Tuhan.Dengan puasa dan zakat seorang jadi cukup kebal bagi mempertahankanstatus hamba Allah bilamana diserang oleh tuhan-tuhan palsu yakni nafsudan syaitan.


Firman Allah:Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatanSesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.


Ya, nafsu dan syaitan sangat berhajat untuk menjadikan seluruh manusiadan hamba-hamba mereka hamba nafsu dan syaitan. Namun Allah, melalui puasa dan zakat sangat menarik manusia agar menjadi hamba Allah.

Rukun islam yang kelima ialah kemuncak ibadah iaitu Haji.


Maka tibalah giliran upacara kemuncak bagi proses pembinaan rasa hamba dan rasa berTuhan dalam diri hamba Allah. Sekaligus terbakar hanguslahusaha-usaha nafsu dan syaitan membina mazmumah dalam diri-diri, bilamanamanusia telah melalui proses kemuncak ini, haji adalah pengunci materirohaniah manusia daripada dapat diganggu gugat lagi oleh nafsu dansyaitan. Ia pelengkap dan penyempurna proses pembangunan insaniah untukmanusia layak menjadi orang Tuhan samada menjadi Muqarrobin, Siddiqin,Syuhada' dan Solihin. Kaedah inilah juga yang dipakai oleh raja-raja didunia, bagi memartabatkan tokoh-tokoh dunia ke peringkat Datuk, Tan Sri,Tun, Datuk Sri dan lain-lain. Di mana untuk upacara kemuncak itumereka-mereka yang layak dipanggil khusus ke Istana raja, untukdisematkan bintang-bintang kebesaran tadi. Haji selaku ibadah kemuncak,pelengkap rasa hamba dan rasa berTuhan, maka Allah, raja bagi segala raja-raja memanggil khusus orang-orangNya untuk ke Istana Agung. Tepat pada tarikh 10 Zulhijjah di sana orang-orang Tuhan ditabalkan rohaniah mereka ke martabat-martabat yang Allah sendiri tetapkan untuk mereka.Orang ini, bila pulang ke tanah air pasti akan berubah watak dan sikapnya. Jadi lebih baik dari sebelum. Hingga orang ramai perasan akan perubahannya.


Demikianlah rukun Islam dapat me"malaikat" kan manusia. Tiap-tiap satu dengan fungsinya masing-masing, membekalkan rasa hamba dan rasa berTuhan kepada roh manusia. Memang fungsi ibadah yang utama ialah untuk roh manusia merasa hamba kepada Allah sekaligus roh merasa dia ada Tuhanyang sentiasa bersamanya. Rasa kehambaan dan rasa berTuhan itu salinglazim-melazimi, tidak mungkin bercerai. Jika rasa berTuhan tajam , rasakehambaan menebal, kalau rasa berTuhan tiada atau tipis, maka rasa hambajuga ikut tidak ada. Kedua-duanyalah yang dikatakan Taqwa. Mungkin,syahadah dapat membekalkan 10 % rasa taqwa, sembahyang 50 %, puasa 20 %,zakat 10% dan haji 10 %.


Begitulah besarnya peranan rukun Islam sebagai rukun hidup seorang hamba Allah, satu sama lain kuat menguatkan. Sepatutnya orang Islam kalau mahu jadi bangsa yang kuat ambillah rukun Allah ini sebagai rukun hidup,rukun perjuangannya, rukun negaranya. Barulah bangsa kita boleh maju menandingi Amerika, Jepun, Eropah, Korea dan lain-lain dari segi tamadunlahiriah.


Saudara-saudara sekalian,Umat Islam yang kuat itu ialah kuat Taqwanya, jitu perpaduannya dan selaras fikiran serta tindakannya. Tamadun lahir hanya sebagai tambahan dan sokongannya. Dan ini hanya dibuat bilamana dalam dada-dada merekapenuh tebal rasa hamba dan rasa berTuhan. (Takut dan cintakan Tuhan)hasil mengamalkan rukun iman dan Islam. Sebab hanya dengan rasa-rasa inilah akan tercabutnya rasa sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil,tamak, dengki, mementingkan diri, dendam, gila kuasa, salah guna wangdan lain-lain. Yang mana semua mazmumah inilah yang menjadi punca pecahbelahnya orang Islam hari ini. Kalaulah sifat negatif ini sudah musnah oleh rasa hamba dan rasa berTuhan, yang dibangunkan oleh rukun Islam maka automatik manusia akan memiliki sifat-sifat positif atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, merendah diri, pemurah, timbang rasa,pemaaf, meminta maaf, bertolak ansur, kasih sayang, rasa bersama dankerjasama, semua mahmudah ini amat penting, menjadi punca untuk manusiadapat bersatu padu dan selaras dalam bertindak dan berfikir. Dan dapatbenar-benar berlaku jujur berkhidmat kepada seluruh manusia. TanpaTaqwa, mustahil manusia dapat disatukan secara hakiki dan praktikal.Perpaduan-perpaduan palsu yang dibuat-buat dan hidup berpura-pura telah terbukti gagal membina tamadun bangsa sampai ke hujung. Semuanya bubar di tengah jalan. Hanya Taqwa yang boleh menjamin orang Islam untukdibantu Allah, menjadi empayar yang mampu menaungi bangsa-bangsa lain didunia. Jiwa yang sudah diseal atau dimateri dengan mahmudah, akanmenarik dan mempengaruhi semua orang sekalipun orang bukan Islam untukmenerima kepimpinan mereka. Kebaikan akhlak mereka dalam mengendalikanurusan-urusan hidup cukup menawan hati hingga semua orang sanggup taatdan hormat dengan sistem hidup yang mereka bawa.


minda ASZ

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com