ISLAM yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melaluipesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluhpersoalan hidup lahir dan batin.Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut hakikat. Ini amatpatut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang manamerupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar.Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggotalahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami danapa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebihdikenali sebagai roh).Allah SWT menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan olehjasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasadbatin iaitu roh.Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisahmaka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masadi semua waktu dan semua keadaan.Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kitatidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islammemandang syariat itu sebagai kulit , manakala hakikat itu ialahintipati.Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit danisi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaankewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isitidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulitjadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapiisinya.Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat, Kedua-duanya mestiditerima dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi mengisi danperlu-memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahajatanpa isi), itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah.Sabda Rasulullah SAW :Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Diamemandang hati dan amalan kamu. (Riwayat: Muslim)Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit), maka tiadajaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dankita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akanrosak tanpa sedar.Berkata Imam Malik Rahimahullahu Taala:Terjemahannya: Barangsiapa berfeqah (syariat) dun tidak bertasawuf makaia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka iaadalah kafir zindik (kafir tanpa sedar).Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat danhakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kitabersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dankalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat ituakan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik(kafir tanpa sedar) .Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalamkeadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.Benarlah sabda Rasulullah SAW :Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Diamemandang hati dan amalan kamu. (Riwayat: Muslim)Bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut, bahkan syariat juga adalahhukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cumadalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) itu sama-sama diamalkan,Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat. Bandingannya, antara kulitdan isi buah (dalam keadaan keduanya sama pentingnya) tetapi manusiamemberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.Begitulah peranan hakikat. Ia menjadi penentu kepada berakhlak atautidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampirdengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sedang dirinya mahalemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab denganAllah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untukTuhannya.Seorang zahid juga adalah seorang yang mampu mengasihi semua manusia,bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusiadari tipuan dunia, nafsu dan syaitan. Sebaliknya orang yang lemah dalamamalan batin adalah orang yang jauh dan terpisah hatinya dari Allah(tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah,tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad,sombong, bakhil, dendam dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yangbekerja keras hanya untuk dunianya.Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikania takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untukkehidupan akhirat yang kekal abadi.Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, bacaQuran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak denganAllah dan kurang berakhlak dengan manusia.Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yangtidak berhakikat itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkindosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan ketentuan Allah,tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalanlahirnyalah yang bakal menyelamatkan dirinya dari neraka Allah.Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiadasiapa yang nampak, bahkan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.Kecualilah orang yang mempunyai basirah (pandangan hati yang tembus)sahaja yang boleh mengesannya. Nanti di akhirat bila Allah dedahkansegala kesalahannya (dosa-dosa batin itu), baru dia terkejut dantersentak.Ulama tasawuf berkata:"Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut pada Allah, kerana itu lebihbaik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah. Lebihbaik orang yang merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orangyang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan diamerasa tenang dengan amalan itu."Firman Allah:Terjemahannya: Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidakdapat memberi manfaat, kecuali weka yang mengadap Allah membawa hatiyang selamat sejahtera. (Asy Syuara: 88-89)Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman,yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lainrasa hati dengan Allah SWT.Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam kemiskinan,ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apasahaja ujian kerana ia bersikap redha dengan apa sahaja pemberianTuhannya.Untuk memperolehi hati yang begini, kita mesti bersungguh-sungguhmelawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat danhakikat). Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kitake taraf taqwa.Syariat dan hakikat akan mendidik dan memimpin kita menjadi seoranginsan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrahsemulajadi manusia secara suci lagi mulia. Orang beginilah yang Allahmaksudkan sebagai golongan as siddiqin atau golongan al `Ariffin. Sifatmereka Allah senaraikan dalam Surah Al Furqaan ayat 63 - 74:Terjemahannya: Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang (hamba-hambayang baik) itu ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi denganrendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkankata-kata (yang mengandungi) keselamatan. (ayat 63)Tejemahannya: Dan mereka yang berjaga di malam hari dengan bersujud danberdiri untuk Tuhan mereka (orang -orang yang bersembahyang tahajjud dimalam hari semata-mata kerana Allah). (ayat 64)Terjemahannya: Dan orang -orang yang berkata: Ya Tuhan kami, jauhkanlahazab jahannam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yangkekal. (ayat 65)Terjemahannya: Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetapdan tempat kediaman. (ayat 66)Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) merekatidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaanitu) pertengahan. (ayat 67)Terjemahannya: Dan mereka juga tidak mengharap (menyembah) yang lain disamping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (orangIslam) kecuali yang dibenarkan syarak (pembunuh, penzina murtad) dantidak juga berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescayadia akan menerima pembalasan dosanya. (ayat 68)Terjemahannya: (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada harikiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. (ayat 69)Tejemahannya: Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakanamal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan AllahMaha Pengampun lagi Maha Penyayang. (ayat 70)Terjemahannya: Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal solehmaka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yangsebenar-benarnya. (ayat 71)Terjemahannya: Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsudan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakanperbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) denganmenjaga kehormatan diri. (ayat 72)Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan denganayat-ayat Tuhan mereka tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang-orangyang tuli dan buta. (ayat 73)Terjemahannya: Dan orang-orang yang sering berdoa: "Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagaipenyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yangbertaqwa. " (ayat 74)Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenanganhidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari danmencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan solafussoleh.Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang mana mereka menerima danmengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya,mereka (para solafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagimembahagiakan orang lain.Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa 3/4 duniamenjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawanmahupun lawan terasa selamat berada di dalam kekuasaan mereka.Demikianlah, dan inilah satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuhmenjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka didunia dan di akhirat.Allah berfirman:Terjemahannya: Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang berimandan yang mengerjakan amal soleh di antara kamu bahawa Diasungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimanadiberi kuasa kepada orang sebelum mereka Dia akan meneguhkan bagi merekaagama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akanmenukar (keadaan) mereka sesudah berada dalam ketakutan menjadi amansentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatuapa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu,maka mereka itulah orang-orang fasik. (An Nur: 55)
0 comments:
Catat Ulasan