Alangkah hebatnya Tuhan
Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya
dengan serentak.
Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang
ditiadakan-Nya .
Di dalam satu kerdipan mata, berbilion-bilion secara serentak
diketahui yang ada mahupun yang tiada.
Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara
yang dilihat dan didengar-Nya.
Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa.
Kuasa membuat yang sedikit atau banyak, kecil atau besar sama
sahaja.
Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga.
Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa.
Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih.
Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu juga tidak terasa
ghairah seperti manusia.
Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya yang penuh
berhikmah.
Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah yang
tersirat atau tersurat.
Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya.
Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara.
Murka-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya.
Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya.
Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa.
Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmahnya.
Bukan didorong oleh keadaan.
Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang mencipta-Nya.
Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau
hasil menimbang-nimbang.
Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia.
Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah kerana kepatutan-Nya.
Dengan penuh hikmah dan pengajaran.
Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung.
Sungguh hebat dan menggerunkan.

0 comments:
Catat Ulasan