Rabu, 28 April 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : CELIKKANLAH ROH KU

Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu
Hidupkanlah jiwaku agar jawarihku
Taat dan setia kepada-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan
Agar fitrahku dapat dikembalikan
kepada asal kejadian
Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan
Dia telah kenal Tuhan
Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!
Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan
Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran
Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta
Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!
Peliharalah fitrahku
Janganlah sampai ada yang merosakkannya
Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!
Rosak fitrahku
Maka rosaklah jawarihku
Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku
Yang paling aku takut, jangan sampai rosak
perhubunganku dengan Tuhan
Kalau berlaku, punahlah kehidupanku
dunia dan Akhirat

Sia-sialah umur dan kehidupanku
Malanglah aku dan binasalah aku
Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu
Jagalah fitrah semula jadiku
Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian
Engkau sajalah yang mampu menjaganya
Selasa, 27 April 2010 | By: iKhwan89

MENGHIMPIT : kerja oh kerja


bismillah wal hamdulillah..he3...segala puji dan segala terima kasih ku ucapkan kepada tuhan yang menjadikan aku sihat pada pagi ini..hu3..*tapi ade ngantok skit..hu3..*

Ah hah!..ape yang membuatkan aku mencoret tulisan ini kerana..he3...aku na criter skit....satu perkara yang bagi aku pertama kali berlaku....he3.iaitu..*jeng2....music theme*haa....time mentor mantee pagi tadi jam 0800...ade la sorang budak...drjh 1 uthman..he3...menaaaangis..na balik..hu3....lame tau die nanges....dari 0800 smpai 0900 tau..hu3

He3...inilah rutin harian aku sebagai guru...memacam karenah yang aku dapat jumpe bile brsme dngn bebudak skolah ni..apatah lagi bebudak drjah 1. Manis,pahit,masam pun agk2nyer ade kot..hu3...

Haa,,,sebagai guru..inilah yang merupakan menjadi ketensionan aku....skrg..aku dalam keadaan yang cemas..hu3..ye laaah..baru jer msuk 3 mgu..da kne wat krtas pekse..hu3..tatau pon mcm ner..ape yg aku kne wat dlu pon aku tatau..hu3...*blur*

aku arap segala yang aku buat ini ditulis sebagai membantu pejuangn ASZ..ampun A.....wabihi wallhu a'lam
sangat merindui buah hati
Isnin, 26 April 2010 | By: iKhwan89

2 minggu kerja :NATIJAH


*sebelum tido...*salam sumer kengkawan....hari nie genaplah 2 minggu aku ngajar kat irsyad...alhamdulillah...sampai ke hari ni..suumer bejalan lancar...

he3....sumer baru bagi ku....anak2 murid baru,kengkawan guru yang baru,susana baru..dan bilik guru yang bru..er...satu lgi..kerja yang baru....

Ha...dulunyer aku duk pgl guru2 kat sini mualim n muallimah..kini.aku plak yang bergelar muallim...hu3...dasyat tanggungjawab muallim ni...die sebagai model kepada pelajar..baik dari segi hubungan dengan Tuhan,hubungan dengan sesama makhluk lain dan hubungan sesama manusia..kalau tersilap langkah jer sikit...komfem tergelincir..(^_^)

dalam aku bekerja disini...banyak yang aku dapat dari sistem yang dilagangkan atas nama islam ini..iaitu...pergaduhan,pertengkaran,sangat bergantung kepada duit....bak kata orang putih.."no money,no talking.."

Hu3..kengkawan..aku sambung sok2 la yer..nantok giler...hu3..salam....
Sabtu, 24 April 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : ALANGKAH HEBATNYA TUHAN

Alangkah hebatnya Tuhan

Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya
dengan serentak.
Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang
ditiadakan-Nya .
Di dalam satu kerdipan mata, berbilion-bilion secara serentak
diketahui yang ada mahupun yang tiada.
Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara
yang dilihat dan didengar-Nya.
Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa.
Kuasa membuat yang sedikit atau banyak, kecil atau besar sama
sahaja.
Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga.
Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa.

Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih.
Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu juga tidak terasa
ghairah seperti manusia.
Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya yang penuh
berhikmah.
Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah yang
tersirat atau tersurat.
Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya.
Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara.

Murka-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya.
Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya.
Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa.
Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmahnya.
Bukan didorong oleh keadaan.
Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang mencipta-Nya.
Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau
hasil menimbang-nimbang.
Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia.

Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah kerana kepatutan-Nya.
Dengan penuh hikmah dan pengajaran.
Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung.
Sungguh hebat dan menggerunkan.
Khamis, 22 April 2010 | By: iKhwan89

SALAM KERINDUAN : SEMOGA SEMUA DALAM KESIHATAN

*on kat bilik guru..pinjam laptop member*salam alaik semua kengkwan blog ku...ape kabar sumer..alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan sekalian alam...yang mentadbir kita..dari sekecik-kecik perkara sehinggalah sebesar-besar perkara..selawat dan salam keatas 2 orang yang sangat berjasa menjadikan malaysiab ini masih lagi dalam keadaan aman.iaitu baginda rasulullah s.a.w dan pemuda bani tamim.

pertame2 selepas 2 minggu tak online....aku nak mntak maaf atas kesulitan2 yang aku tak dapat nak elak..semoga semua merindui ku..*he3.....*

alhamdulillah...sejak dapat keje tmpat baru ni..walaupun kne kuar pagi2 ari..pkol 6...*time tu yan ta bangun lagi,mus baru na gosok gg*tapi tetap best..he3..sbbnyer..da mmg jadi impian aku sbenarnyer na mengajar kat tmpat aku belajar dlu..he3...*nti ta lme lgi na ngajar kat kipsas plak*

gelagat bebudak kat cn plak...lagi lah mencabarnyer..hu3..yelah....darjah 1 sahaja ade 3 klas....byglah..hu3..*penat*

kengkawan sekali lagi aku mntak maaf da lame ta online...nti2 aku on lgi yer n aku akan cerite kan pengalaman aku rotan bebudak kat cn..khi3....ampun maaf..salam alaik
Sabtu, 10 April 2010 | By: iKhwan89

3 bulan 2 minggu :PENUH WARNA WARNI

Bismillah walhamdulillah...terima kasih Tuhan yang menjadikan aku seorang manusia. Malunya aku saat aku lalai kepada Mu..padahal..Engkau yang menghidupkan ku....selawat dan salam kepada 2 orang Tuhan yang agung...Baginda Muhammad penghulu segala nabi,dan pemimpin di zaman ini al-Fata Tamimi. Segala kejadian bumi pada hari ini adalah disebabkan barakah dan karamah mereka.. AT...

Alhamdulillah...hari ini,genaplah 3 bulan 2 minggu aku menjadi seorang guru kafa merangkap kerja pertama aku setelah selesai diploma aku..dan hari ini juga merupakan hari yang terakhir aku mengajar kat kafa aku ni...*isk3..ase mcm na sedey*....dan seterusnya,aku akan menyambung semula kerja aku sebagai guru*sesuatu yang tak pernah aku impikan* di sekolah lama aku...AL-IRSYAD....

Sedih+pilu+hiba+seronok+terharu,kesemuanya disebatikan oleh jiwaku didalam satu tempat...iaitu diri ku...mengenangkan semuanya yang berlaku bersama mereka amat-amatlah menyeronokkan..

Part yang pilu plak....bila saatnyer semua sedang salam untuk kali terakhir dengan ku....ade 2 orang budak ni....salam laaaame btul ngn aku....terdetik dalam hati aku..."ape hal plak budak ni.."..rupe2nyer.....hu3...*tacing*...die menangis laaaahhhh...aku tak tahu menangis kerana dia sedih sbb aku nak tingglkan tmpat ni,ataupun die menangis kerana dia sangat gembira kerana aku ingin tingglkan tempat ini...hu~..

The hiba part plak..saat aku tgh bagi speech sebagai guru kelas mase jamuan perpisahan kelas aku iaitu drjah 3 usman affan,tgh2 aku bagi ucapan tu...hu~.....boley kata semuanyer temangu-mangu,semuanya terlopong,semua mata-mata mereka tergenang air mata...hibanya hati saat anak-anak murid ku..yang selama ini aku kenal mereka dengan kelincahan mereka dan kenakalan mereka sedih sat itu...hilang kelincahan mereka dek saat perpisahan itu..

Teharu part plak ialah..bila anak muridku bagi aku present,ya Allah....terharunyer aku sangat-sangat,padahal,aku raselah..akulah yang paling banyak rotan mereka semua berbanding guru-guru yang lain..*terharu sangat2*..n aku masih ingat lagi...satu kata-kata dari seorang pelajar ku.."ustaz,kalau ustaz pindah,siapa nak rotan kita kalau kita tak solat..?"..ya Allah..terharunya aku...ada juga seorang pelajar ku berkata.."ustaz,kenapa ustaz pindah,kitorang degil sangat ker...kitorang mintak maaf,kitorang tak nak nkal dah..ustz jangan pindah yer..."..semua kata-kata ini bermain di selruh pelusuk jiwa aku....
Sungguh....berat untuk berhenti..kalau bukan dek kerana sistem pentadbiran yang lambat,unfair dan kebajikan guru tidak dijaga,aku tak kan berhenti dari tempat aku mengajar ini untuk mencari tempat yang lebih baik..aku sayangkan pelajar ku,aku sayangkan suasana kafa nie...segala-galanya ku lakukan kerana aku ada matlamat.


Owh..aku jugak..bukanlah tingglkan kafa ni selamanya...andai ada program,guru besar mintak aku handle,akan aku usahakan demi pelajar ku...aku sangat merindui mereka...mungkin bagi orang lain..tak pelah..budak2,,kejap jer tu sedih..nanti dah tak ingatlah....em..tak pelah....mereka telah mengajar kan kepada ku..banyak perkara yang aku pun tidak pernah nak belajar...sabar aku terdidik ketika bersama mereka,nafsu amarah aku dikikis oleh mereka,sangat sukra...tapi itulah hakikat....guru...kita bukan sahaja mengajar..tapi diajar juga.....semoga sesiapa yang menggantikan ku selepas ini jadilah guru yang lebih baik dariku,semoga semua pelajar ku dalam redha dan kasih sayang Tuhan....

ni ada sikit tatapan istimewa..he~...asal ckgu die pening,anak2 murid die pon pening....jom tengok!!




pelajar aku sikit jer..tapi seronok same2 ngn diorang..




cikgu borek...pelajar rintik..khi3...





time makan kfc....sonok betul diorang





he~...sedap hingga menjilat jari..(^_^)





antara pelajar ku yang paling nakal sangat
Khamis, 8 April 2010 | By: iKhwan89

PERBEZAAN BERKAT DENGAN ISTIDRAJ

Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memilih kita untuk terus hidup dan masih lagi mengizinkan kita untuk menimba ilmu Tuhan yang sangat berseni ini. Selawat dan salam keatas Nabi Besar Junjungan kita Muhammad SAW.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Sunnatullah. Sudah jarang umat Islam mengambil pengajaran tentang hal ini. Sunnah Rasulullah selalu orang perkatakan.

Pada kita Sunnatullah merupakan rahsia Tuhan, mestilah kita mengambil tahu, membincangkan. sebab dunia ini berjalan, terutama pentadbiran Tuhan pada manusia melalui sunnah-Nya, sedangkan sunnah itu dilakukan sejak azali lagi dan tidak diubah-ubah oleh Tuhan.

Yang tidak diubah Tuhan inilah kita bahaskan, kita intai-intai supaya tindakan kita tidak bersalahan dengan Sunnatullah dan agar selamat kita dunia akhirat.

Dalam beberapa ayat yang Tuhan sebut bahawa sunnah-Nya tidak berubah-ubah, disinilah keadilan Tuhan, padahal Tuhan berkuasa mutlak, apa saja Dia nak lakukan siapa nak objek, tapi Tuhan tidak langgar.

Diantara Sunnah Tuhan kepada alam, terutama manusia, adalah berdasarkan rahmat-Nya dan berdasarkan berkat. Ikut rahmat-Nya: siapa yang ikut Sunnatullah Tuhan mula-mula sekali memberi rahmat kepada Rasulullah, Tuhan cipta Rasulullah menjadi rahmat kepada alam, sebelum dan sesudah, beliau Shahibul Zaman, apa-apa saja yang diciptakan kerana Rasulullah, sebab itu Rasulullah itu disebut sebagai Rahmat kepada alam.

Padahal kalau Tuhan tak jadikan dunia kerana Rasulullah bukan Tuhan cacat, bukan Tuhan susah, tapi Tuhan nak melihatkan kebesaran hamba-Nya, yaitu Rasulullah. Seolah-olah Tuhan hadiahkan dunia ini pada Rasulullah, apa saja yang berlaku baik buruk kerana Rasulullah.

Rahmat Rasulullah itu kalau dialirkan kepada hamba-hamba Tuhan. Kalau pada orang bertaqwa dikatakan berkat: "walau anna ahlal.... Jadi kalau Tuhan nak cetuskan kebaikan kepada orang bertaqwa samada ilmu, kekayaan, kepandaian itu atas dasar berkat.

Apa arti berkat?

Muslimin muslimat yang dikasihi. Berkat, asalnya Rahmat, kepada Rasulullah, selepas Rasulullah maka diberi pada Mujaddid, kemudian dialirkan kepada orang-orang bertaqwa maka jadi berkat, ertinya bertambah.

Kalau Tuhan beri kerana berkat, maka ilmu, kejayaannya kerana berkat maka ertinya keimanannya bertambah, kebaikannya bertambah. Rahmat Rasulullah tadi dialirkan kepada orang bertaqwa di namakan berkat.

Apa erti Istidraj ?

Tapi bagi orang-orang yang durhaka, orang jahat Tuhan bagi juga atas dasar Rahmat yang telah diperuntukkan kepada Rasululah, berupa kejayaan, rezeki tapi dengan istidraj atau kemurkaan-Nya.

Tuhan tidak diskriminasi, kedua-dua kelompok manusia Tuhan bagi tapi ada atas nama kasih sayang-Nya, berkat ada juga atas nama murka-Nya atau Istidraj.

Saperti kita pergi ke Zoo ke kawasan beruk, beruk datang berebut-rebut pisang yang kita bawa, kita sakit hati, lalu kita lempar pisang itu ke muka beruk, di makannya, tapi kita benci.

Begitulah manusia sama-sama dapat nasi, duit, kaya, tapi atas murka Tuhan, akhirnya ada duit tapi tak ada ketenangan, tak ada keamanan dan keselamatan.

Begitulah manusia hari ini nak apa saja bukan ikut cara Tuhan, boleh juga Tuhan bagi tapi kesanya isteri tak taat, anak durhaka, pergi sana sini takut, bertambah rosak bertambah buruk sehingga kejayaan sudah tidak ada arti apa-apa, bahkan menyusahkan. Kalau diberi kepada orang-orang yang bertaqwa kesannya akan bertambah baik.

Berkat: Berkat ini ada yang didapati atas dasar individu dan jemaah. Kalau pada individu mungkin kerana ada individu yang bertaqwa. ini mudah dikesan.Yang payah dikesan apabila diberi oleh Tuhan atas nama jama'ah.

Tuhan beri supaya jamaah nampak indah. tapi tidak semua individu dapat kerana Tuhan nak lakukan keadilan-Nya. supaya ada kasih sayang, perpaduan. Sebab itu jama'ah kebenaran, Tuhan berbagaikan berkat, tidak sama jenisnya.

Sebab itu kita tidak boleh mengatakan sesuatu yang kita dapat kerana berkat kita seorang, tapi katakan berkat orang lain.sandarkan dengan salah seorang pemimpin kita, baru beradab, tawadu', Kalau kita lihat kejayaan lahir para jutawanlah yang banyak berkat, lalu sombong maka yang asalnya berkat, lama-lama jadi istidraj.

Kerana itu bukan orang-orang tu tak ada berkat, tapi bentuknya lain. Saperti pokok kalau tak faham, kita pujilah ranting-ranting yang banyak buahnya, manis buahnya, lupa dengan pokok dan akar.

Jadi masing-masing ada peranan. Kerana itu dikalangan kita jangan kita anggap lebih. Kita tidak tahu di tangan siapa yang mendapat berkat itu. Walaupun kita kata nak lahirkan orang-orang bertaqwa tapi kalau tak faham maka kita akan sakit-sakit hati, jatuh menjatuhkan. pecah ukhuwah.

Kalau kita faham kita akan takut dengan Tuhan, malu, cemas, bimbang dan sandarkan dengan berkat orang lain. Peristiwa Kehancuran Islam di zaman Kamal Artartuk di Turki:

Nak hancurkan orang yang istidraj . Nak naikkan orang yang ikhlas. Tuhan dalam mengatur alam ini sangat berseni. Nabi Yunus Tuhan biarkan 40 hari dalam perut ikan demi hendak menginsyafkan umatnya.

Kita tidak akan mampu membaca secara lahir cara Tuhan dalam kejadian Nabi Yunus itu. Kejadian itu bukan kejadian istidraj tapi berkat. Kalau betul-betul kita bertaqwa kalau ada yang mahu menonjolkan kita, kita akan tolak.

Akhir Zaman nanti Tuhan akan alihkan dengan sendirinya yang akan berperanan sekalipun nampak sekarang yang menojol itu banyak dikalangan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang, maka Tuhan dengan sendirinya akan mengubah peranan itu.

Sekian

~bismillah....masih menanti dan terus menanti..hingga hujung nyawa...rindu kamu..~
Rabu, 7 April 2010 | By: iKhwan89

KEHIDUPAN SABAN HARI KU : HATI KU TIDAK PERNAH SELAMAT


bismillah walhamdulillah...terima kasih Tuhan..terima kasih A pada pagi ini..sempat lagi aku hidup..walaupun aku tahu dan pasti bahawa semakin lama aku hidup,semakin aku tidak selamat dek kerana banyaknya fitnah akhir zaman yang aku tak boleh dan tak mampu nak elak..AT...

Sejujurnya ingin ku katakan kepada semua..sikit pun kita tak pernah selamat disaat sekarang yang nafsu sudah merata-rata tidak dapat dibendung..kebaikan yang aku buat,sering aku mengharapkan balasan..kan tak selamat aku..tak selamat hati aku dari sifat nak kan pujian...AT..

Saat aku membuat kerja..dirasakan akulah yang bekerja..akulah yang berusaha,akulah yang menggerakkan...tengoklah..hati ku tak selamat lagi dari sifat merasakan diri layak..sedangkan hati kecil ku tahu..Tuhan lah sebenarnya yang bertindak..Tuhan lah sebenarnya yang memberi kekuatan untuk ku menggerakkan..tapi dek kerana hati aku yang hitam berkarat dengan nafsu...aku tidak nampak semua itu..lagi-lagilah bila hasil kerja aku berjaya,mendapat pujian,disanjung..makin-makinlah tak selamat hati aku ini dari ego,bangga,dan lain-lain sifat mazmumah lagi..AT...

Lemahnya aku nak melawan nafsu...itu belum lagi masuk saat aku sembahyang..At.....saat sembahyang pun aku tidak mampu melawan nafsu...oh Tuhaaaaaan....sungguh hinanya aku..rupa-rupanya,aku selama ini menjadi hamba nafsu..sering mengikut kata nafsu,sering menjadi pendokong cita-cita nafsu....AT.......sedihnya aku Tuhan..

Engkau sahaja yang tahu isi hati ku.....Oh Tuhan........tolonglah....berikanlah aku kekuatan melawan nafsu..dengan berkat sohibuzzaman..penghulu,pemilik zaman ini...AT......sering jugak aku menangis mengenangkan ini semua....apalah nasib aku nanti...AT........aku harapkan tangisan kesedihan ku terhadap diri ku ini Tuhan redha,Tuhan nilai dengan kemaafannya...Tuhan....tetapkanlah hati aku dengan perjuangn A...selamatkan A..keluarga A,jmaah A...AT......wabihi wallahua'lam
Sabtu, 3 April 2010 | By: iKhwan89

BANTULAHAKU TUHAN : ROH KU..BANGUNLAH!!

bismillah..dengan nama Tuhan yang Maha Agung....Alhamdulillah..dapat lagi sampai kesaat ini..aku hidup..dan cergas..makan,minum,dan lain-lain..tetapi...saban hari aku melaluinya,tidak terasa berTuhan aku..tidak rasa hamba...

Jalan macam orang bongkak,angkuh,...tak ada langsung sifat hamba dalam hati ku...ohTuhan..rupa-rupanya..zahir ku hidup,cergas..tapi roh aku lumpuh...tidak cergas,dan lemah..ya Allah..peenat sangat mujahadah...perit....nak lawan kehendak diri...roh aku pulak yang semakin hari semakin rapuh dan lemah..menjadikan aku sentiasa mengharapkan Mu..

Ya Allah...tolong roh ku..tolonglah bangunkannya...tolonglah bantu aku bermujahadah..aku ingin sekali bermjahadah..tetapi sering aku lalai dan kalah..tolong kau...moga umur ku mendapat redha Mu..AT....

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com