Isnin, 5 Julai 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : PERKARA UTAMA YANG PATUT DITAKUTI

Takutilah kekufuran dan syirik atau murtad,
Kerana ia kemuncak kejahatan,
Ketiga-tiganya mengekalkan seseorang di dalam Neraka yang menggerunkan,
Align Center
Azabnya tidak dapat dibayangkan dan tidak terperikan,
Kufur atau syirik bukan tidak percaya wujudnya Tuhan,

Orang kafir pun percaya wujudnya Tuhan,

Ada kekufuran dan syirik yang tidak perasan,

Kerana payah dikesan,


Seperti berkata:

"Kalau ikut Tuhan atau Islam susah hendak makan"

Di situ ada dua kesalahan:

Pertama dia nafikan taqwa ada jaminan dari Tuhan,

Kedua dia jahat sangka dengan Tuhan,

Ada lagi lain-lain jalan, dia jatuh kepada kekufuran yang tidak perasan

Kalau sekolah agama susah cari makan,

Kalau sekolah sekuler senang cari makan, hidup lumayan

Atau ikut Islam tidak maju, kalau ikut Barat maju,


Hakikatnya dia ragu dengan Tuhan atau Islam,

Jadi munafiklah dia dengan tidak kesedaran,

Sekalipun dia hafal
Al Quran
atau dia seorang alim tahu ilmu Islam,

Kerana dia melahirkan Islam menyembunyikan kekufuran,

Sekalipun kekufuran itu bukan dengan Zat Tuhan,


Begitu juga Tuhan berkata di dalam Al Quran

"Siapa yang bertaqwa Tuhan bela dan dia di dalam jaminan Tuhan",

Ada hati yang berkata, "Tidak pun ada bantuan",

Patut dia berkata,

"Tuhan tidak mungkir janji

Tapi aku tidak menepati janji dengan Tuhan,

Sebab itulah janji Tuhan itu tidak dikabulkan

Bukan salah Tuhan, salah saya lah tidak menunaikan janji Tuhan"

Hendak jadi kafir atau murtad mudah sahaja di dalam kehidupan,


Kerana itulah Nabi pernah bersabda di
akhir zaman,
Terhadap Umat Islam akhir zaman,

Sekalipun bersembahyang berpagi-pagi orang Islam di dalam suasana Islam

Apabila petang sudah terkeluar Islam,

Seperti ada keraguan yang dia tidak perasan,

Tapi bukan dia ragu dengan Zat Tuhan,

Tapi ragu dengan janji Tuhan,


Dia menyangka itu bukan aqidah
dalam Islam,
Tapi aqidah yang tersirat yang susah hendak difaham.

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com