Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha MengasihaniMari kita lihat sejarah Rasulullah dan para Sahabat, selaku manusia yang
luar biasa. Dalam peperangan, mereka berperang sebanyak tujuh puluh
empat kali. Rasulullah sendiri ikut campur sebanyak dua puluh tujuh
kali. Daripada tujuh puluh empat kali berperang, sekali sahaja jumlah
tentera umat Islam lebih dari tentera kafir iaitu waktu perang Hunain.
Selalunya tentera kafir lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak.
Tetapi selain dari peperangan Hunain, umat Islam sama ada menang atau
menang tidak, kalah pun tidak. Umat Islam tidak kalah. Tetapi pelik,
masa perang Hunain, umat Islam kalah. Sebab masa itu mereka
sudah cacatdengan Tuhan kerana bergantung kepada jumlah yang ramai.
Waktu peperangan Khandak, musuh 10,000 orang, tentera Islam 3,000 orang.
Tuhan tidak benarkan 3000 orang lawan 10,000 orang. Tuhan datangkan
tentera bukan manusia iaitu ribut dan petir sehingga tentera musuh lari
lintang-pukang. Yang paling jelas adalah waktu perang
Badar di mana 313
tentera Islam berhadapan dengan 1,000 tentera musuh. Malaikat turun
seramai 3,000. Belum sempat tentera menebas, leher musuh sudah putus.
Seolah-olah dalam perang itu, tenaga manusia tidak digunakan langsung.
Malaikat yang buat kerja.Waktu zaman Sahabat pula, ketika pemerintahan SayidinaUmar Al Khattab,
berlaku peperangan di antara tentera Islam dan tentera Rom.
Berbulan-bulan
tidak menang dan tidak kalah. Ketua tentera Islam hantar
surat kepada Sayidina Umar. Sayidina Umar pergi melihat. Dia tidak
bercakap apa-apa tetapi membaca suasana. Setelah bergaul selama tiga
hari dan setelah semuanya dinilai, dia pun panggil tentera Islam seraya
berkata, "Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak
kalah. Pertama, kerana sembahyang tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak
bersugi." Padahal itu masih luaran. Masih tidak menafikan taqwa. Itupun
tersangkut. Bersugi itu fadhilat, benda lahir yang tidak jejaskan taqwa
tetapi kerana itu pun perang tidak menang dan tidak kalah. Bila
dibetulkan itu semua, esoknya mereka pergi perang dan menang.
Dalam satu kisah yang lain, pernah Sayidina Umar menghantar tentera ke
Palestin. Ketua tenteranya bernama Sariya. Jarak Palestin ke
Madinahsekitar seribu
batu. Oleh kerana pemimpinnya bertaqwa, ketua tenteranya
juga bertaqwa maka waktu tentera Islam dalam bahaya,
Tuhan bantu secara ghaib. Allah lihatkan kepada Sayidina Umar kedudukan tentera Islam yang
di dalam bahaya. Di belakang bukit ada tentera musuh hendak menyerang
secara mengejut. Bila Sayidina Umar nampak, maka dia buat arahan supaya
Sariya naik ke tempat yang tinggi. Sariya tidak nampak musuh tetapi Maha
Besar Tuhan, Sariya dengar arahan Sayidina Umar dari mimbar masjid
Madinah. Tentera Islam pun terselamat dari serangan mengejut. Hasil
taqwa, datang bantuan Tuhan yakni Sayidina Umar diperlihatkan manakala
Sariya didengarkan.
Contoh ketiga ialah Salehuddin Al Ayubi. Setelah Palestin ditawan oleh
umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ke tangan orang
kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al
Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat
khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah malam
tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia
berkata, "Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah
yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut
terhijab." Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin.
Itukan bantuan bersifat ghaib.
Waktu Thariq
Ibnu Ziad hendak menawan Sepanyol, waktu itu Rasulullah
sudah wafat seratus tahun. Diceritakan dalam kitab, waktu hendak
menyeberangi Selat Gibraltar, dia nampak Rasulullah yang telah lama
wafat di depannya dengan pakaian tentera. Itu membuatkan tentera Islam
menang.
0 comments:
Catat Ulasan