Isnin, 10 Mei 2010 | By: iKhwan89

UTUSAN HARI IBU :TERIMA KASIH IBU


bismillah...hamba Mu yang berdosa datang menghadap Mu Tuhan..dengan penuh rendah hati,ku utuskan warkah buat ibu ku....semoga ibu ku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan.. Wahai Ibu ku yang dikasihi, Sesungguhnya aku sangat berbesar hati memiliki kamu,kamu sangat mengajarkan aku tentang Tuhan,sungguh......tidak pernah langsung aku minta,tetapi,mungkin inilah penentuan,juga berkat mursyid kita wahai ibu ku.... ibu ku,saat aku dilahirkan di dunia ini,ibu sering menjga ku..bahkan tidak pernah membiarkan ku keseorangan....sentiasa bersama ku,lebih2 lagi ketika dan saat aku sakit.... ibu ku...yang paling aku hargai Mu ialah ibu kenal kan aku kepada Tuhan,ibu sering mengatakan Tuhan tu Maha Baik,Tuhan tu Maha Kasih Sayang...dan ibu ajarkan aku supaya senang dengan setiap ujian Tuhan.. Ibu ku sayang, Aku sangat bersyukur sekali kerana Tuhan kirimkan kepada ku seorang ibu yang sangat mengambil berat hubungan dengan Tuhan..sangat menjaga disiplin yang Tuhan aturkan,dan sangat risau dan cemas apabila terbuat dosa....hati ku terdidik kerana ibu mendidik ku dengan Tuhan.... tidak pernah merasakan kekurangan..kerana hati ku terdidik dengan Tuhan...itulah dia hasil didikan mursyid kami ASZ yang mendidik ibu ku dan ayah ku...didikannya datang dari hati,dan jatuh ke hati...menjadikan kami semua tenang dengan Tuhan....trima kasih A.... Akhirnya ibu ku, semoga ibu tetap dengan perjuangan ini,semoga ibu dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan...terima kasih Tuhan yang membrikan kepada ku ibu,terima kasih mursyidku yang mendidik ibu ku,terima kasih juga ibu ku kerana mengenalkan aku kepada mursyid kita..... ampun maaf ibu ku...semoga ibu tersenyum.....
salam sayang dari anak mu
SYAFIE

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com