Petikan
1. Dewan Pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan
akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.
2. Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh
Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini
tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim,
justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama.
3. Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di
Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan pembinaan Kuil Al-Kharab di
sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemarkan kehormatan kota suci Ummat
Islam. Pihak penjajah Zionis juga mengumumkan pembukaan kuil tersebut
sebagai langkah permulaan untuk membina Kuil Haikal Sulaiman di atas
tapak Masjid al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak. Ummat Islam di seluruh
dunia diseru agar mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi
kiblat pertama umat Islam dan bumi Israk Mikraj Rasulullah SAW.
4. Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan satu
himpunan aman bagi membantah tindakan tersebut pada butiran berikut:
Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 01.15 pm : - solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.
02.00 : - berkumpul dan berarak ke Kedutaan Sweden.
5. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia yang
prihatin, sama ada muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO
yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Akhbar
Sweden dan Rejim Zionis yang mencabul kesucian agama Islam.
http://episodeperju angan.blogspot. com/
<http://episodeperju angan.blogspot. com/2010/ 03/1.html>
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- -------
Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan
beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya
semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan
umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia.
Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau kata-kata kaum Yahudi dan Barat
yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan
ditentang dan dikecam.
Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa
umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam
itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami
akan maksud ayat:
Maksudnya: "Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu
kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup
mereka."(surah Al-Baqarah: 120)
Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah
mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada
dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam
berdemonstrasi dan menunjuk-nunjuk perasaan. Silap saja langkah dan
cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan
sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara
mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula
dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.
Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusan
tetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda, malah
yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuan pun
tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuat setempat.
Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadang berusuh-rusuh dan
berbaling-baling batu.
Apa yang para `demonstrasi' ini telah lupa ialah, demonstrasi
dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi
adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam
bentuk yang macam itu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita
marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang
mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa
yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan
takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza
dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.
Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuang
dengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islam
berdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (man
hours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalan raya
dua hala. Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula dengan usaha-usaha
untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir dan batin. Berapa
banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenaga dan masa
sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telah dihalakan kepada
demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apa kebaikan kepada umat
Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pula merugikan atau
menggugat musuh.
Bukan tenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan
belanja dan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi
perlu belanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima
ringgit seorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja. Ini belum
masuk belanja buat sepanduk dan lain-lain. Berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan ini hakikatnya ialah mempamerkan kelemahan diri. Menunjuk
perasaan ialah amalan dan jalan keluar bagi pihak yang lemah kerana
tidak mampu atau tidak berani menempuh jalan keluar yang lain yang lebih
drastik atau yang lebih mencabar. Itu sebabnya isteri akan tunjuk
perasaan kepada suami dengan merajuk. Anak akan tunjuk perasaan kepada
ayah dengan membuat kerenah. Murid akan tunjuk perasaan kepada guru
dengan ponteng kelas. Mereka tidak ada kuasa. Oleh itu mereka terpaksa
bertindak secara pasif untuk menarik perhatian. Kita tidak pernah dengar
suami tunjuk perasaan pada isteri atau ayah tunjuk perasaan pada anak
ataupun guru tunjuk perasaan pada murid.
Tunjuk perasaan pula hanya akan ada kesannya kalau dihalakan kepada
pihak yang bertanggungjawab dan yang ada pertalian kasih sayang dengan
kita. Itu sebabnya lojik bagi isteri menunjuk perasaan kepada suami,
anak tunjuk perasaan kepada ayah atau murid menunjuk perasaan kepada
guru. Seperti kata orang tua-tua, "Merajuk pada yang kasih."
Kalau rakyat menunjuk perasaan kepada kerajaannya sendiri, ini masih
boleh diterima terutama kalau kerajaan tersebut berjiwa rakyat dan
bertanggungjawab. Kesannya mungkin positif. Tetapi menunjuk perasaan
kepada musuh adalah terkeluar dari batas perbuatan yang waras.
Apa bijaknya menunjuk perasaan dan menyatakan perasaan tidak puas hati
kita kepada musuh yang memang kerjanya pagi petang, siang dan malam
ialah berazam dan mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan
kita? Apakah musuh akan ambil peduli dan akan memberhentikan usahanya?
Tentu tidak! Sekali-kali tidak! Musuh akan bertambah terangsang kalau
kita tunjuk perasaan kerana dia tahu jeratnya sudah mengena dan
tindakannya sudah tepat. Mangsanya sedang menggelupur kesakitan. Dia
akan tersenyum sinis dan akan melipatgandakan lagi usahanya.
Islam tidak suruh berdemonstrasi atau menunjuk-nunjuk perasaan kepada
musuh. Islam suruh berstrategi dan bermuslihat. Di kala lemah, Islam
suruh kita ambil sikap evasion dan consolidation. Di kala kuat, ambil
sikap "Aslim taslam" – Islamlah, kamu untuk selamat.
Seperkara lagi yang harus kita faham, Islam tidak bermusuh dengan Yahudi
semata-mata kerana ianya Yahudi. Islam tidak bermusuh dengan Nasrani
semata-mata kerana ianya Nasrani. Kita tidak bermusuh dengan individu
orang Yahudi atau individu orang Amerika atau individu orang Eropah. Apa
yang kita musuhi ialah sifat-sifat yang ada pada Yahudi dan Nasrani itu
dan apa yang mereka perjuangkan sebagai satu bangsa dan entiti. Kita
musuhi iktiqad dan cara hidup mereka yang hendak mereka paksa ke atas
kita.
Kita musuhi nilai mereka. Kita musuhi ideologi mereka. Kita musuhi
pemikiran mereka. Kita musuhi budaya mereka. Kita musuhi akhlak mereka
dan kita musuhi sekularisme dan sistem-sistem hidup mereka yang mana
semuanya itu tersimpang jauh dari jalan yang hak dan yang diredhai
Allah. Yang mana semuanya itu akan membawa manusia kepada kesengsaraan
di dunia dan di akhirat. Kita juga akan memusuhi siapa sahaja yang
mempunyai sifat-sifat yang sama dan yang memperjuangkan perkara-perkara
yang sama walaupun mereka bukan Yahudi atau Nasrani.
Kalau sifat-sifat Yahudi dan Nasrani itu ada pada diri kita maka lebih
layaklah kita memerangi diri kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai
orang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orang Islam
yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramai orang Islam
yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islam yang berakhlak
dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang cara hidupnya sama
seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islam yang
memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh.
Ini yang harus kita fikirkan bersama. Tidak ada makna kita berjaya
menumpaskan musuh kalau kita pula akan mewarisi sifat-sifat dan cara
hidup mereka. Sifat-sifat yang batil itulah sebenarnya musuh kita dan
musuh Islam, bukan sangatYahudi dan Nasraninya. Sifat-sifat itulah yang
hendak kita banteras, dan kita akan tentang siapa sahaja yang mendukung
dan melagang sifat-sifat tersebut, hatta diri kita sendiri. Tuhan cipta
manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenal di antara
satu sama lain. Tuhan tidak jadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk
kita bergaduh dan berperang. Dalam masa yang sama, Tuhan menyuruh kita
menentang kekufuran, kezaliman dan kebatilan. Oleh itu, kalau perlu ada
penentangan di kalangan manusia, ia mesti diasaskan kepada kekufuran,
kezaliman dan kebatilan dan bukan kepada suku bangsa. Sesiapa sahaja
yang memperjuangkan kekufuran, kezaliman dan kebatilan mesti ditentang
tidak kira apa bangsanya, sekalipun dia dari kalangan bangsa kita
sendiri.
AI Prompt Ace Review
Setahun yang lalu
2 comments:
salam,
"Berapa ramai
orang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orang Islam
yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramai orang Islam
yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islam yang berakhlak
dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang cara hidupnya sama
seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islam yang
memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh"
-golongan di atas lah yg tidak berdemostrasi,kerana sudah selesa dgn pembawaan agama yg ada.
-pd pendapat sy tiada masalahnya kita berdemostrasi,utk menunjukkan sokongan pd umat Islam yg ditindas,menunjukkan kita prihatin,usah dinilai berapa kerugian yg dialami,kerana itu harga yg perlu dibayar utk sebuah pergorbanan.demostrasi adalah satu kaedah,selain kaedah2 lain.sejarah menunjukkan berhimpun adalah satu proses menyatakan pendirian atas sesuatu isu.di malaysia,demostrasi berlaku jika menyentuh isu2 besar,ia isyarat kpd pihak berkaitan bhw rakyat tidak setuju dgn sesuatu perkara dan menuntut perhatian.tiada kelemahan yg ditonjolkan, yg lemah adalah pemimpin negara majoriti umat Islam yg masih tunduk dgn mereka.majoriti umat islam di seluruh dunia mahu Islam ditegak dlm negara mereka,ttp pemimpin Islam yg menggadaikannya.mengambil sebahagian ajaran,dan menolak sebahagiannya lg.itulah sbb kenapa dunia Islam berkecamuk.
ampun maaf....sebenarnya...tidak berdemonstrasi tidak beerti tidak berjuang dan tidak juga be erti selesa dengan pembawaan agama yang ada...
bahkan sebenarnya..sedang menggerakkan strategi perjuangan dengan senyap dan konsisten...
cuba saudara bagi tahu saya..sudah berapa perkara kah yang berjaya apabila kita berdemostrasi..yang kami lihat..perkara tidak juga sudah-sudah,seperti isu-isu dalam negara,isu palestin..adakalanya...kita lihat kemusnahan dan pertengkaran makin menjadi-jadi.lihat sahajalah kerugian dalam catatan yang saya postkan tersebut..cuba saudara bayangkan semua kekuatan itu seperti kewangan,tenaga dihalakan kearah perjuangan yang sistematik..tidak memekik-mekik tidak tentu hala..sekadar menaik kan semangat yang sementara,pastilah negara islam itu sudah sangat maju dan amat-amat disegani oleh yahudi..contohlah kerajaan pembangkang yang mempunyai beratus juta pengikut kini,seandainya mereka semua korbankan RM5 untuk pembinaan jalanraya,itu lebih yahudi pelik dan terkejut berbanding berkumpul-kumpul,menjerit-jerit dan melaung-laungkan slogan yang sudah semestinya inilah yang yahudi mahu.melihat umat islam menggelitik ibarat cacing kepanasan apabila disentuh dengan isu-isu yang panas. Mari kita lihat..bagaimana strategi Rasulullah menewaskan yahudi...adakah dengan bermogok-mogok atau berdemostrasi..?kalau ada,bilakah baginda berdemonstrasi?melainkan rasulullah kumpulkan umatnya,memberikan beberapa pidato dan seterusnya bertindak mengikut strategi..bukan sekadar pidato-pidato dan kemudian,selesai..tidak ada apa-apa tindakan susulan...
lihatlah..kita sendiri sudah membuktikan kita yang lemah...dan membenarkan kata-kata rasulullah..umat islam pada akhir zaman ibarat buih-buih di lautan...rupa-rupanya,kitalah umat yang lemah itu...silalihat artikel saya taqwa dan kasih sayang senjata ampuh melawan yahudi (http://ikhwanasoib89.blogspot.com/2010/03/taqwa-kasih-sayang-senjata-ampuh.html)...ampun maaf..semuanya datang dengan izin pemilik zaman ini..wabihi wallahu a'lam
Catat Ulasan